Thursday, April 08, 2010

'Ekstremis' Digugurkan, Istilah 'Pengganas' Bila Lagi?

Bukan bom bunuh diri tetapi bom syahid.

Istilah Ekstremis Islam digugurkan

WASHINGTON 7 April - Para penasihat Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan menggugurkan istilah keagamaan seperti 'Ekstremis Islam' dari dokumen utama yang menggariskan strategi keselamatan kebangsaan negara itu.

Sebaliknya ia akan menggunakan dokumen yang ditulis semula bertujuan menekankan pendekatan AS tidak melihat negara-negara Islam dari sudut keganasan, kata para pegawai anti-keganasan.

Langkah tersebut merupakan perubahan besar dalam Strategi Keselamatan Kebangsaan, sebuah dokumen yang menggariskan Doktrin Bush bagi mencegah perang. Dokumen berkenaan ketika ini mempunyai catatan: 'Usaha menangani militan radikal Islam merupakan konflik ideologi besar pada tahun-tahun awal abad ke-21'.

Para pegawai berkenaan mendedahkan perubahan tersebut dengan syarat nama mereka tidak disiarkan kerana dokumen berkenaan masih dalam proses ditulis semula dan White House tidak mahu membincangkannya. Bagaimanapun penulisan semula dokumen strategi berkenaan merupakan contoh terkini tindakan Obama dalam menyusun semula dasar luar AS seperti janjinya untuk meleraikan senjata nuklear dan mengehadkan situasi ia boleh digunakan.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lebih besar yang dibincangkan secara terbuka oleh White House yang menekankan perubahan bukan sahaja cara AS berdialog dengan negara-negara Islam malahan juga tentang apa dibincangkan dengan mereka.

Selain itu, ia juga berkaitan perubahan yang merangkumi penjagaan kesihatan, sains, keusahawanan dan pendidikan termasuk di negara-negara Islam. Usaha untuk menjauhkan diri daripada 'keganasan' dimulakan sejak setahun lalu ketika Obama melawat Kaherah dan berjanji memulakan era baru hubungan antara AS dengan dunia Islam.

White House percaya pentadbiran sebelum ini mengasaskan hubungan tersebut semata-mata berdasarkan kepada langkah melawan keganasan. Tinjauan pendapat awam menunjukkan peningkatan berterusan sentimen positif terhadap AS di kalangan negara Islam pada tahun lalu walaupun secara keseluruhan ia kekal negatif dalam julat yang besar.

Obama bukan pengasas kepada usaha memenangi hati orang Islam. Bekas Presiden George W. Bush memberikan White House al-Quran pertamanya dan merupakan yang pertama menganjurkan majlis berbuka puasa bagi meraikan Ramadan. Bush juga menyokong penuh demokrasi di negara Islam seperti Turki.

Bagaimanapun pentadbiran Bush dibelenggu masalah retorik. Orang Islam mengkritik beliau kerana menakrifkan usaha memerangi keganasan sebagai perang salib dan melabelkan penaklukan Afghanistan sebagai 'Operasi Keadilan Infiniti'. Semua perkataan sedemikian dilihat sebagai ada unsur keagamaan. Beliau kerap menakrifkan musuh AS sebagai 'ekstremis Islam' dan 'jihad radikal'.

Karen Hughes, seorang diplomat kanan yang kerap ditugaskan berurusan dengan negara Islam semasa era Bush menggesa penggunaan istilah sedemikian dihentikan.

''Saya mengesyorkan ia dihentikan. Pada penilaian saya ia tidak kena pada tempatnya disebabkan cara ia diterima. Kita perlu mengelak daripada menggunakan bahasa keagamaan.

''Setiap kali mereka mendengar ungkapan seperti 'ekstremis Islam, jihad Islam, fundamental Islam', mereka berpendapat ia merupakan satu serangan terhadap kepercayaan mereka. Inilah persepsi yang dimahukan oleh Osama bin Laden,'' katanya. - AP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tak cukup tu. Yang penting istilah pengganas atau teroris itu perlu ditukar... Dari tuduhan kepada puak-puak mujahidin Islam dialihkan kepada AS dan kuncu-kuncunya yang mengganas hampir di seluruh negara di dunia. Hampir tiada negara yang tiada camput tangan pengganas AS, samada secara terang atau bersembunyi.

Istilah 'bom bunuh diri' pun perlu ditukar. Kalau pelakunya adalah mujahidin Islam perlu diubah kepada istilah 'bom syahid', seperti di Irak, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain. Kerana dalam perjuangan Islam, bila meletakkan dasar perjuangannya di tempat yang betul, maka tiada istilah kalah. Samada menang atau syahid. Syahid adalah mati mulia, yang menjadi rahsia kekuatan Islam. Ini yang puak-puak AS pura-pura tidak faham, termasuk anak buahnya, UMNO di Malaysia!

Sila lihat...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails