Monday, April 05, 2010

APCO Ceroboh Negara, Raja Dirayu Campur Tangan.

KL, 5 April: Majlis Raja-raja Malaysia dirayu untuk campur tangan dalam pembabitan syarikat perunding antarabangsa APCO Worldwide (APCO) dalam pentadbiran negara kerana ia disifatkan mengajak orang luar ceroboh negara.

Mewakili Ahli Parlimen PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) berkata, perlantikan APCO tersebut seolah-olah mendedahkan keselamatan negara pada pihak asing.

"Kita minta Majlis Raja-Raja segera campurtangan (supaya) perjanjian ini dibatalkan kerana ia (seolah-olah) mengajak orang luar menceroboh Malaysia)," jelas beliau dalam suatu kenyataan media di Pejabat Majlis Penyimpan Mohor Raja-Raja Malaysia.

Beliau turut menafikan bahawa insiatif Ahli Parlimen PAS tersebut bertujuan untuk strategi politik sempena pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi. Nasharuddin yang juga Timbalan Presiden PAS memaklumkan kepada Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Malaysia, Datuk Sabtu Awwab bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu di Dewan Rakyat bahawa APCO mempunyai hubungan langsung dengan beberapa pemimpin strategik Zionis Israel.

Tambahnya, perlantikan APCO sebagai syarikat perundingan komunikasi nasional boleh mendedahkan keselamatan dalam negara kepada pihak luar. Kata Nasharuddin lagi, Sabtu berkata, YM Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohon Besar Raja-raja Malaysia tidak boleh menyertai majlis tertutup tersebut kerana uzur.

Ujar Nasharuddin lagi, Sabtu telah menerima memorandum yang diserahkannya itu hari ini bagi pihak Ungku Ibrahim. Sabtu berjanji untuk memanjangkan hasrat Ahli Parlimen PAS pada Majlis Raja-Raja Malaysia kelak. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Bila Anwar dedah perkara itu di parlimen minggu sudah....kerajaan cari jalan untuk salahkan Anwar.

Dari akhbar perdana:

Risiko hilang jawatan ketua pembangkang

KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah boleh berkira-kira mengenai nasibnya yang berkemungkinan bakal kehilangan jawatan selaku ketua pembangkang.
Ia kerana kerajaan hari ini memutuskan untuk membawa usul bagi merujuk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran tindakannya yang cuba mengelirukan dewan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, keputusan tersebut dibuat selepas ketua pembangkang itu gagal mengemukakan bukti yang kuat dan kukuh bagi menyokong dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada slogan One Israel.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails