Sunday, April 04, 2010

P94: Ajaib, 2,561, Pengundi Baru,



SHAH ALAM, 4 April — Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”

Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.

“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sambil mengakui pihaknya juga ada mendaftar pengundi-pengundi baru tetapi jumlah tersebut adalah sesuatu yang begitu besar bagi tempoh dua tahun ini, kata Ahli Parlimen Kuala Langat ini.

“Kita (PKR) juga akan membincangkan, membentangkan laporan mengenai ini esok (hari ini),” kata beliau merujuk kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

“Kita sangsi, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah ini,” kata beliau.

Berdasarkan daftar induk terkini, kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Daripada jumpah tersebut, seramai 2,561 merupakan pengundi baru manakala mereka yang menukar alamat pula adalah seramai 1,343 orang.

Seramai 32,380 pengundi terdiri daripada pengundi lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

Abdullah Sani berkata, walaupun peningkatan 2,561 pengundi baru itu boleh mempengaruhi arah aliran pengundian tetapi masih yakin PR-PKR boleh mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 8 Mac 2008.

“Kami cukup yakin untuk menang, saya percaya akan mengekalkan kerusi ini dengan majoriti yang lebih besar berbanding dua tahun lalu,” kata beliau.

Zainal Abidin menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel dengan perbezaan 198 undi. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Hulu Selangor dimenangi oleh semua kerusi DUN UMNO(2) dan MCA(1).
Hulu Selangor adalah kawasan Melayu aliran lama.
Aliran lama ini hanya akan memenuhi mesjid pada hari Jumaat. Ini juga kurang tepat kerana semua mesjid dalam daerah Hulu Selangor tidak penuh pada hari Jumaat, kecuali oleh faktor pekerja kilang seperti Perodua dan pelajar sekolah dan kolej.
Hanya mesjid Bkt Beruntong dan Kuala Kubu Baru yang berjaya menghidupkan amalan mesjid dari solat berjemaah 5 waktu.
Mesjid lain dalam daerah Hulu Selangor lesu.
Terdapat mesjid yang khatib sendiri yang perlu diganti.
Masyarakat Melayu Hulu Selangor masih lagi ditakat Melayu zaman P Ramlee.
Walaupun gejala sosial kurang, tetapi secara keseluruhan mesjid dan surau di mukim Hulu Klang lebih ramai jemaah jika dibanding keseluruhan parlimen Hulu Selangor.
Ini satu petanda bahaya, kerana saiznya yang besar dari Sg Choh sehingga Hulu Bernam ini meliputi Sg Buaya, Serendah, Batang Kali, Ulu Yam, Rasa, Kuala Kubu Baru, Felda Sg Tengi, Soeharto, Gedangsa, Kerling, Lembah Beringin, Kelumpang sehingga sungai Bernam bersempadan dengan Tg Malim.
BETUL,
Dari mana datang lebih 2,500 pengundi baru?
Jika pengundi polis dan tentera sendiri tidak banyak berubah.
Walaupun sebenarnya, kem Gerak Khas telah berpindah ke Mersing kira2 5 tahun yang lalu dan diisi dengan unit kecil dari Regimen Semboyan yang lebih kecil.
Tidak satu daerah luar bandar bertambah pengundi. Sedangkan semua orang tahu apabila usia meningkat sebagai pengundi 21 tahun, anak-anak muda ini telah berhijrah ke Kuala Lumpur.
Lebih menghairankan apa terjadi kepada pengundi 70 tahun ke atas? Adakah mereka yang berusia 70 tahun ke atas pada tahun 2008 masih lagi hidup? Jika mereka ini masih hidup, di mana mereka>
Kemungkinan, kerana terdapat begitu banyak agensi pusat di Kuala Kubu Baru terutamanya, semua rumah kebajikan termasuk rumah orang tua di Kuala Kubu akan mendaftar berulang kali penghuni kediaman ini.
Jangan lupa, terdapa juga rumah perlindungan bagi orang kurang upaya dan pemulihan akhlak dan dan pemulihan aqidah.
Adakah penghuni rumah2 perlindungan ini juga kini telah menjadi pengundi P94?
AllahuA'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails