Thursday, April 08, 2010

APCO-UMNO: Tidak Akan Perbaharui PM Terperangkap?



KL. APRIL 08: Kontrak perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd dipercayai tidak akan diperbaharui apabila ia berakhir pada 4 Ogos.

Menurut sumber daripada pegawai peringkat tertinggi kerajaan, Apco yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mengendalikan strategi media antarabangsa tidak akan dilanjutkan kontrak tahunannya.

"Beliau (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) kurang senang dengan cara mereka menangani kontroversi yang melanda baru-baru ini dan kini menjadi liabiliti,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, walaupun keputusan Najib untuk menamatkan khidmat Apco mungkin dilihat bagi mengurangkan tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional kerana firma antarabangsa itu didakwa ada kaitan dengan Israel, namun hakikatnya perdana menteri dikatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Adalah dipercayai Apco memulakan kerja-kerjanya untuk Najib seawal Jun tahun lalu meskipun kontrak ketika itu belum ditandatangani. Najib dikatakan amat tidak berpuas hati dengan khidmat Apco khususnya berhubung persiapan mereka ketika beliau diwawancara oleh Associated Press semasa lawatannya ke Beijing, Jun lalu yang ditanya mengenai pembunuhan model dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Soalan yang dilontarkan tidak diduga sama sekali dan perdana menteri dikatakan tidak bersedia walaupun beliau mampu menanganinya dan berjaya berseloroh. Juga difahamkan bahawa kehadiran Apco menyebabkan ketidak-selesaan di kalangan pakar-pakar media Najib.

Penasihat media perdana menteri, Datuk Jalaludin Bahaudin, seorang pengkritik vokal Apco secara peribadi, dikatakan tidak sehaluan dengan pandangan setiausaha akbar Najib, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berhubung peranan Apco di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini kerana Jalaludin berpendapat Apco tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan,” kata sumber itu. Tengku Sariffuddin tidak dapat dihubungi untuk komennnya manakala Jalaludin enggan membuat ulasan.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menulis kepada Yang Di-pertuan Agong untuk memohon Seri Paduka menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan kontrak Apco dan juga kontak-kontrak lain yang mempunyai kaitan dengan agen Israel.

"Surat berkenaan dihantar kepada Agong petang ini," katanya di parlimen.

Anwar juga menekankan kepentingan menamatkan kontrak dengan Apco kerana jika tidak ia akan menjejaskan imej negara dan mengancam keselamatan Malaysia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya isu APCO-UMNO menyebabkan UMNO terperangkap. Terbongkar sudah tembelang UMNO berkerjasama dengan Israel, membantu pembunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Kontrak dengan perunding media dan perhubungan awam Apco Worldwide Sdn Bhd Israel itu, kini dipercayai tidak akan diperbaharui. PM Malaysia kalah dalam isu ini. Beliau perlu mengaku kesilapannya dan bertaubat, perlu mohon maaf! (AK)

Ada kaitan...


1 comment:

Anonymous said...

PM Malaysia KALAH dalam isu APCO ini.
Beliau perlu mengaku kesilapannya dan bertaubat, perlu mohon maaf....dan LETAK JAWATAN SEGERA.

Ada ramai warga Malaysia yg baik2 yg boleh dan berkelayakan jadi PM negara kita...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails