Tuesday, June 08, 2010

70% Rakyat Puas Hati PM Najib, Naik 3% -Merdeka Centre





KL. JUN 8, 10: TAHAP puas hati rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat 72 peratus berbanding 69 peartus pada April lalu, iaitu naik 3%, menurut bancian yang dijalankan oleh Merdeka Centre.

Tahap puas hati paling tinggi dicatatkan di kalangan masyarakat India (80 peratus), diikuti dengan Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus). Peningkatan tahap puas hati itu adalah yang tertinggi sejak Merdeka Centre menjalankan kaji selidik untuk meninjau kepopularan Najib sejak Mac tahun lalu.

Kajian kali ini dijalankan antara 6 Mei sehingga 16 Mei tahun ini - tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor (25 April) dan sebelum pilihan raya kecil Sibu (16 Mei) Kepopularan Najib mengesahkan bahawa beliau adalah aset terpenting bagi jentera pilihan raya Barisan Nasional.

Sebelum ini, tahap kepuasan rakyat terhadap Najib adalah pada 44 peartus ketika beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Ketika itu, ekonomi dunia mengalami krisis dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya. Menurut Merdeka Centre, sejumlah 1,028 rakyat Malaysia dibanci melalui telefon.

Apa yang menarik, hampir separuh atau 47 peratus daripada responden terdiri daripada golongan yang tidak bekerja. Kajian juga mendapati majoriti, rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah.
  • 61 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan usaha memerangi rasuah.
  • 57 peratus daripada responden tiudak berpuas hati dengan usaha mencegah jenayah.
"Apabila dibekalkan dengan senarai isu-isu, 53 peratus responden memilih 'memerangi rasuah' sebagai isu utama yang patut diberi perhatian oleh kerajaan,” kata Merdeka Centre. (AK)

4 comments:

yes said...

Agak hairan juga ya, puak yang dikatakan termiskin dan miskin nampaknya puas hati. Bagaimanapun puak yang ekonominya ok nampaknya kurang puas hati.

azman kamarul said...

Pelik juga merdeka centre ni...buat field work kat mana ni.
Kalau nak mengampu pun janganlah sampai begini rupa.

Rakyat marhaen yang dilupakan selama ini pun boleh sokong juga ke?
Penghuni rumah setinggan yang kena roboh rumah dulu tu sokong juga ke?

Mengampu biar cerdik.Jangan nampak bodohnya.

mr edz said...

ini yang sokon makcik makcik yang dapat kain batik masa nak PRU dulu la

pokku(putrajaya) said...

Jolo(betul) ko boh ore pakat sokong???budak2 tadika pun tahu hok mano baik dengan hok buruk...statistic ambil mano tu?puok2 dio sajo jah undi tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails