Tuesday, June 08, 2010

Mujahidin M/Marmara, Kalahkan 3 P/Komando Israel

KL JUN 8, 10: AKHBAR Turki Hurriyet Ahad (6/6) menerbitkan wawancara dengan aktivis kemanusiaan yang berada di kapal Mavi Marmara dan aktivis tersebut menggambarkan bagaimana mereka mengalahkan tiga pasukan komando Angkatan Laut Israel.

Seiring dengan munculnya gambar-gambar kontroversial pasukan IDF dipukul aktivis kemanusiaan, akhbar ini menerbitkan wawancara dengan sejumlah aktivis yang berada di kapal Mavi Marmara. Mereka menjelaskan secara rinci bagaimana mereka mengalahkan tiga pasukan komando angkatan laut selama terjadinya penyerangan terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan.

Salah satu aktivis, yang mengidentifikasi dirinya sebagai Mahir Tan, mengatakan, "Tiga orang komando Israel tidak berdaya di tangan kami, nyawa mereka ada di atas kebijaksanaan kami." Mahir Tan menceritakan bagaimana dia merebut salah satu senjata tentera Israel dan relawan lain melempar senjata itu ke laut. Kami tidak berfikir untuk menggunakan senjata itu melawan pasukan komando Israel yang mengorbankan dua saudara kami.

"Sebagai mantan pasukan komando saya boleh menggunakan senjata secara terampil, tetapi kerana kami adalah pembela kapal, kami tidak melakukannya. Saya mengambil pistol, membongkarnya dan menyimpannya sebagai bukti atas kekejian Israel dan sebagai bukti bahawa mereka berniat membunuh saya, "tambahnya.

Para aktivis terus menggambarkan rankaian peristiwa yang terjadi di Mavi Marmara, "Saya melihat ke dalam mata dari tiga pasukan komando yang kami tahan, dan melihat adanya kepanikan di diri mereka. Mereka tidak memiliki harapan untuk tetap hidup. Mereka nampak seperti kanak-kanak takut pada ayah mereka yang sedang marah. Tetapi untungnya mereka tidak menghadapi musuh yang kejam seperti diri mereka sendiri. Salah satu aktivis wanita memberi mereka pertolongan pertama, mereka mendapat memar tetapi tetap hidup, tidak seperti para aktivis yang mereka bunuh, "katanya.

"Meskipun adanya kesedihan dan kemarahan kami terhadap saudara-saudara kami yang telah mereka bantai - kami tidak memperlakukan mereka semena-mena," kata Mahir Tan, "Pasukan komando adalah pembunuh dan kami adalah pembela yang berjuang untuk melindungi hidup kami. Kami tidak berjuang untuk kargo bantuan yang ada diatas kapal, atau bagi rakyat Palestin, tetapi kami berjuang untuk keadilan dan kemanusiaan. Mereka memperlakukan kami dengan sangat buruk, seperti anjing -bahkan wanita dan lanjut usia. Mereka tidak membiarkan kami pergi ke kamar mandi atau menawarkan kami makanan atau air minum."

Kenneth O'Keefe, yang termasuk dalam daftar teroris yang diterbitkan oleh pasukan IDF, mendakwa pasukan komando yang mereka tahan dibawa ke bawah kapal setelah senjata mereka dilemparkan ke laut. "Nyawa mereka berada di atas ampunan kami - kami boleh melakukan apa saja yang kami inginkan terhadap mereka."

O'Keefe menggambarkan perampasan senjata dari pasukan komando, "Saya mengambil salah satu senjata mereka, dan aktivis lain mencengkeramnya. Dia memiliki pistol kaliber 9mm. Kami tidak menggunakan senjata itu untuk melawan tentara Israel. Saya rampas senjata itu dan mengeluarkan pelurunya - kami tidak datang ke sini untuk bertempur, " katanya menegaskan.

O'Keefe menambahkan, mereka memutuskan untuk melepaskan tentera yang terluka. "Mereka menatap kami, dan berfikir kami akan membunuh mereka, tetapi malah kami membiarkan mereka pergi," katanya.

O'Keefe (41 tahun), adalah mantan marinir, dan didefinisikan oleh IDF sebagai aktivis pro Hamas dan anti Israel sangat radikal, ke Gaza bertujuan untuk melatih dan membentuk unit komando Hamas di Jalur Gaza."

Setelah tiba di Turki dengan wajah memar, O'Keefe mendakwa bahawa ia dipukul berulang kali oleh pasukan keamanan di lapangan terbang Ben Gurion. "Tentu saja tidak dapat dibandingkan dengan apa yang dialami rakyat Palestin. Orang-orang Palestin mengalami hal ini hampir setiap hari. Ini semua yang saya miliki - darah saya, pakaian saya basah dengan darah. Israel telah mengambil semuanya, termasuk pasport Palestin saya."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mereka (Kenneth O'Keefe, yang termasuk dalam daftar teroris Israel) juga patut disebut wira atau 'mujahidin kapal Mavi Marmara'. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan DSAI

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.
Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.
Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.
"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.
"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.
Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.
Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.
"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

(inilah tanda yang anwar ibrahim ada hubungan dengan yahudi laknatullah)

Anonymous said...

jika hubungan APCO dan Asia Soft berkaitan dan telah disebut di Dewan Rakyat dan didedahkan oleh DSAI 'mendapat bantahan Yahudi'

maka secara langsung atau tidak mereka pendedahan juga dibuat mengenai hubungan Kerajaan dengan agen Yahudi... bukan sahaja hubungan DSAI sahaja yang kita nampak.

kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih..

meludah langit kena muka sendiri..

apa kessss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails