Tuesday, June 08, 2010

3 Perkara Atasi Kemelut Dengan Israel - Cadangan PAS


KL, 8 JUN 10: MELALUI Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS melihat kemelut kebiadaban Israel samseng antarabangsa yang cuba mengganggu gugat dunia, telah mencadangkan di parlimen, antaranya 3 perkara..

Satu: Agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza. Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.

Kedua: Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.

Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun, mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang. "Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi (Jun 7).

Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Ketiga: Tindakan Israel itu juga, katanya adalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kata beliau lagi, "Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan." (AK)

Pandangan Tok Guru Nik Aziz pula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails