Wednesday, June 09, 2010

Nik Aziz Perlu Kekal Ketuai K'tan PRU 13 -Nik Amal

Nik Amar mahu kepimpinan Nik Aziz diteruskan selepas PU 13. - Gambar oleh Choo Choy May

KOTA BARU, 9 Jun 10 — Semasa pelbagai pihak melihat Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mengumumkan pelan peralihan kepimpinan dalam waktu terdekat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, peranan Menteri Besar Kelantan itu masih diperlukan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Pada pandangan saya, Datuk Nik Aziz perlu (perlu) kekal (memimpin negeri),” kata Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan itu ketika ditemui selepas ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat sini malam tadi.

“Jika boleh, saya berharap Datuk Nik Aziz akan kekal selepas pilihan raya umum nanti,” kata beliau dengan merujuk kepada ketokohan Nik Aziz yangmenerajui kerajaan sejak 1990.

Nik Aziz berkecimpung dalam politik Kelantan lebih empat dekad. Nik Amar menjelaskan, PAS Kelantan masih memerlukan kepimpinan Nik Aziz, ikon politik negeri itu, dan yakin akan mengetuai parti itu dan Pakatan Rakyat di negeri Pantai Timur dalam pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini pernah ada cadangan supaya Nik Aziz juga dilantik sebagai ketua umum Pakatan Rakyat pendaftarannya diterima kelak. Tahun ini genap 20 tahun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mengetuai kepimpinan kerajaan negeri sejak PAS menang pilihan raya umum 1990. PAS dilihat mengadakan Mutkamar Tahunan PAS kali ini di Putik sempena memperingati 20 tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Nik Aziz, 79, yang imejnya lebih terserlah sebagai seorang ulama dengan memegang jawatan Mursyidul Am PAS dianugerahkan oleg Gerakan Rakyat Anti Korupsi sebagai Menteri Besar memiliki rekod paling bersih dan tahun lalu diletakkan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia.

Malam ini buat pertama kali dalam sejarah, Nik Aziz akan merasmikan serentak muktamar tahunan ketiga-tiga sayap parti itu — Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama. Antara yang disebut-sebut sebagai bakal meng gantikan Nik Aziz ialah Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun sebelum ini beliau dipetik berkata, belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz pernah membayangkan yang beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Sejak akhir tahun lalu timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Akhir tahun lalu, Mohd Amar sebelum ini pernah mencadangkan agar Nik Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS negeri. Selain Ahmad, dua lagi nama yang sering disebut-sebut mungkin dipilih menggantikan Nik Aziz ialah Mohd Amar sendiri dan seorang lagi Exco Kelantan iaitu Datuk Husam Musa.

Kedua-dua mereka juga merupakan Exco. Ahmad, Husam dan Mohd Amar masing-masing merupakan timbalan pesuruhjaya PAS I, II dan III Kelantan. Turut berucap pada ceramah malam tadi ialah bekas naib presiden Mohamad Sabu, yang kini merupakan ahli jawatankuasa PAS pusat.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Kelantan dipilih sebagai tuan rumah Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini, PAS Kelantan akan memaparkan sejarah perjuangan mereka memerintah negeri itu yang kini sudah lebih 20 tahun.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar di kiri) berkata, ia berkisar bentuk-bentuk kejayaan yang telah dicapai di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pembaharuan yang dibuat sepanjang mengambil alih pemerintahan negeri daripada Umno BN sejak 1990.

Kerajaan PAS Kelantan, katanya telah membuktikan kemampuan mereka mentadbir sebuah negeri dengan baik (good governance) sehingga beberapa pendekatan mereka dilihat mendahului dan terkedepan berbanding negeri lain.

"PAS Kelantan mendahului, yang lain ikut. Negeri yang miskin, menerima beban hutang daripada zaman Umno dulu tetapi mampu mengurus negeri membuat perubahan seperti negeri lain." Kata Ustaz Idris. (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails