Wednesday, June 09, 2010

UMNO Palestin Tentukan Tidak Jejas Rundingan Israel-Palestin








WASHINGTON. JUN 09 10: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Presiden Barack Obama membuat 'keputusan tegas' mengenai Asia Barat apabila beliau menemui presiden Amerika Syarikat itu di Rumah Putih hari ini.

Perbincangan mereka dijangka berkisar pada kejadian 31 Mei lalu di mana komando Israel melakukan serbuan ke atas kapal MV Mavi Marmara, bagi memastikan ia tidak menjejaskan rundingan tidak langsung Israel-Palestin yang sedang diatur oleh Washington selama beberapa bulan.

Abbas akan juga menyentuh mengenai langkah Amerika untuk memecahkan kebuntuan berhubung sekatan Israel di Semenanjung Gaza, yang menjadi semakin sukar berikutan serangan pasukan marin negara Yahudi itu sehingga mengakibatkan sembilan rakyat Turki maut.

“Presiden akan menerima kunjungan Abbas bagi mengkaji perkembangan rundingan itu dan membincang usaha bersama untuk mencapai perdamaian di Asia Barat,” kata Tommy Vietor, jurucakap Rumah Putih.

Obama juga ingin “memperkukuhkan sokongannya kepada Pihak Berkuasa Palestin dan usahanya untuk membangunkan negara berkenaan, dan mengkaji beberapa strategi jangka panjang di Gaza”.

Abbas akan tiba ke Amerika Syarikat dari Turki, sebuah sekutu AS yang sering bercanggah pendapat mengenai politik di Asia Barat dan program nuklear Iran.

Ankara juga mengutuk serangan terhadap konvoi bantuan kemanusiaan itu.

“Mesej utama saya kepada Obama ketika pertemuan di Washington ialah agar satu keputusan tegas dibuat untuk mengubah keadaan di rantau berkenaan,” kata Abbas pada satu sidang pelaburan di Tebing Barat.

Obama dijangka tidak dapat menawarkan apa-apa kepada Abbas, selain daripada hanya berpelukan dengannya di khalayak awam, beberapa janji diplomatik dan bantuan kemanusiaan kepada Gaza pada masa depan.

“Apa Obama katakan secara peribadi kepada Abbas akan dianggap sama penting dengan apa dikatakannya di khalayak awam,” kata Michele Dunne, bekas pegawai Jabatan Negara.

Mesej peribadi itu mungkin meliputi jaminan Obama untuk kekal pada landasan perjuangan pelan damai itu, terus mengenakan tekanan ke atas Netanyahu dan cuba mendapatkan komitmen Israel supaya menyertai perbincangan secara langsung selepas rundingan tidak langsung di antara kedua-dua pihak. – AFP

Sementara itu di Baitulmaqdis, menurut AFP juga, Israel masih berkeras enggan tunduk kepada gesaan siasatan agar serangan komandonya ke atas kapal MV Mavi Marmara, dilakukan di peringkat antarabangsa, sebaliknya bercadang untuk melakukan sendiri. Israel dilaporkan sedang menimbang menubuhkan satu pasukan terdiri daripada rakyatnya sendiri di samping bekas diplomat dan dua pemerhati asing.

Langkah ini tidak menepati siasatan pada peringkat antarabangsa sebagai mana dikehendaki oleh beberapa pemimpin dunia berikutan serbuan komando Israel itu yang mengakibatkan sembilan warga Turki terkorban. Keputusan itu dibuat oleh menteri kanan Israel masih perlu mendapat kelulusan Kabinet penuh, dan menurut media tempatan, negara Yahudi itu sedang mengadakan perhubungan dengan Washington bagi memperoleh sokongan Amerika Syarikat.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Maka terhegeh-hegehlah UMNO Palestin, hidung manjung pipi tersurung-surung, harapkan damai ala Israel..

Lanjut, lihat ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails