Friday, October 09, 2009

Perpaduan Hamas-Fatah: UMNO Palestin Khianat Lagi.

JENDELA GLOBAL


HAMAS, gerakan Islam Palestin atau seperti PAS di Malaysia berkemungkinan besar akan membatalkan rancangan tandatangan bersama dengan Fatah pertubuhan kebangsaan Arab Palestin atau seperti UMNO di Malaysia, ekoran dari sikap Presiden Palestin Mahmoud Abbas pimpinan Fatah berkaitan laporan pasukan tindakan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) ke atas Israel di Jalur Gaza bulan Januari 2008.

Seperti diketahui, Abbas menyokong kuat penundaan pembahasan laporan tersebut di Dewan Hak Asasi Manusia PBB yang mencetuskan kritik dan kecaman di Palestin. Abbas dianggap telah mengkhianati rakyat Palestin, kerana penundaan tersebut sama dengan menyelamatkan jenayah Israel yang terlibat dalam kejahatan perang dan kejahatan kemanusiaan di Jalur Gaza.

Bukan cuma kecaman dan kritikan tajam yang ditujukan kepada Abbas, bahkan sejumlah elemen di Palestin dan di luar Palestin mendesak Abbas berundur dari jawatan Presiden Palestin kerana sikap tersebut. Sebuah sumber yang dekat dengan Hamas (Rabu 7 Okt) seperti disiarkan Press TV mengatakan bahawa Hamas sudah meminta Mesir yang berperanan sebagai mediator, untuk menunda majlis tersebut kerana sikap Abbas itu.

Hamas menilai Abbas telah menjadi hamba suruhan AS dan Israel dan telah mengkhianati para korban tindakan ganas Israel di Gaza Januari lalu. Sebelumnya Hamas sudah sedia menandatangani kesepakatan dengan Fatah pada Oktober ini. Tetapi sikap Abbas yang menyokong penundaan pembahasaan laporan team investigasi PBB mengenai Gaza itu, telah merosak signal positif yang diberikan Hamas.

Selanjutnya, wakil Hamas Fawzi Barhoum mengatakan, Hamas dan faksi-faksi perjuangan di Palestin serta pegawai-pegawai Mesir yang bertindak sebagai mediator akan membincangkan soal persefahaman tersebut. Sejumlah pegawai Hamas menyatakan, keputusan Abbas yang kontroversi itu membuktikan kebenaran kecurigaan yang timbul selama ini bahawa pemerintahan autoriti Palestin sokongan Barat telah bersekutu dengan Israel dalam tindakan ganas Israel di Jalur Gaza yang berakibat 1,400 warga Gaza gugur syahid.

Mesir, sebagai mediator perdamaian Hamas-Fatah, melalui Menteri Luarnya Ahmed Abul Gheit ikut mengkritik sikap Abbas dan menilai Abbas tidak serius untuk menciptakan perpaduan di Palestin, terutama di kalangan faksi-faksi pejuang di Palestin. (sumber: Era Muslim dll.)

by Megat Ali Megat Alang

Sila lihat..

Mengenali PAS & UMNO Di Palestin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails