Friday, June 04, 2010

12 Bebas Tapi Belum Bebas Kerana 5 Sebab.. Nik Aziz





KOTA BHARU, 3 Jun 10:
Pembebasan 12 sukarelawan rakyat Malaysia yang ditahan oleh rejim zionis Israel belum lagi membuktikan rakyat akan bebas sepenuhnya daripada fahaman Yahudi. Kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

KL. Jun 4 10: Menurut Blog Ibnu Hasyim: Meneliti ucapan lanjut beliau seperti yang disiarkan HarakahDaily (Rakyat belum bebas daripada fahaman Yahudi) , hal ini dilihat adalah kerana...

Pertama: '...selagi negara (Malaysia) tidak menghentikan kerjasama dengan syarikat yang ada hubungan dengan Israel, APCO Worldwide.' Jelas Tuan Guru, menarik balik kerjasama dengan APCO hanya sebahagian cara untuk menyingkirkan Israel..

Kedua: '... namun membuang rasa sayang dan cinta kepada Yahudi adalah jalan yang lebih baik' sambung beliau.

Ketiga: “Ini kerana Yahudi termasuk Israel adalah makhluk perosak yang wajib dihindari oleh sesiapapun,” ujarnya yang juga Musyidul Am PAS.

Keempat: Menurutnya lagi, Yahudi sejak zaman dahulu lagi bersifat jahat serta membunuh para nabi, bukannya masyarakat kampung biasa sekiranya tidak mengikut kehendaknya.

Kelima: “Setiap kali sembahyang kita membaca Al-Fatihah, ada di antara maksudnya kita tidak mahu jadi pengikut Yahudi dan Nasrani,” ujarnya. (Itu sumpah janji kita kepada Allah melalui bacaan Al-Fatihah dalam sembahyang wajib, sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam).

Akhrnya: Menyentuh tentang tangkapan yang dibuat oleh Israel terhadap 12 rakyat Malaysia, beliau memberitahu bukan sahaja di sana, Malaysia sendiri turut mengurung rakyatnya di bawah ISA jika tidak mengikut kehendaknya. (Dari segi tangkap dan kurung rakyat Malaysia, kerajaan BN lebih teruk dari Yahudi?)

Beliau (Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz) bagaimanapun melahirkan rasa syukur terhadap pembebasan itu. (2MA)

5 comments:

pokku(putrajaya) said...

Takbirrrrr....Allahuakhbarrr!

Anonymous said...

Komen ini perlu disebarkan di semua mesjid-mesjid di Selangor.
Kita cabar Pengarah JAIS Selangor jika apa yg Nik Aziz ini katakan bertentangan dengan Islam.
Ini masanya rakyat Islam Selangor perlu disedarkan tentang siapa Agen Yahudi yang berada di negeri Selangor dan menjalankan kerja-kerja Yahudi.

Unknown said...

salam...
'menghentikan, memutuskan hubungan dengan syarikat yahudi ' atau mana2 syarikat yang ada hubungan dengan yahudi ..
coca cola , penadol , jeans , ubat malaria , komputer , dan banyak lagi ..semuanya dari yahudi , bagaimana cara kita memutuskannya ?

anwar ibrahim terang nyata sekutu , rakan karib yahudi ...kenapa kita berkawan dengannya ? malah memujanya ? arak ,judi masih berleluasa dinegeri yg kita perintah , kenapa kita tdk membuat tindakan ? sedangkan kita ada kuasa dan kemampuan dinegeri2 tersebut ..? salah orang kita nampak , salah sendiri kita tak sedar ..kenapa kita sangat susah menerima teguran dan kritikan ?

Anonymous said...

2x5x2x5x2xxxxxx


yang penting jgn hipokrit
(munafik)

tmptnya adalah yg keterbawah disana

Anonymous said...

Pertubuhan Yahudi Mahu Amerika Putuskan Hubungan Dengan DSAI

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Sebuah pertubuhan Yahudi yang berpengaruh di Amerika meminta negara itu agar menyenaraikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai musuh Amerika berikutan tindakannya mendedahkan hubungan kerajaan dengan APCO dan Asia Soft di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut surat B’nai B’rith International’s, The Global Voice of the Jewish Community, yang mempunyai 200,000 ahli dan penyokong itu, mereka sangat kesal dengan kenyataan anti-Sematic yang dikeluarkan oleh Anwar itu.
Melalui surat yang ditandatangani oleh Dennis W. Glick, Presiden dan Daniel S. Mariaschin, Naib Presiden Executif B’nai B’rith International’s itu, mereka mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Surat yang bertarikh 25 Mei itu ditujukan kepada John F. Kerry, Pengerusi dan Richard G. Lugar, Ahli utama Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat.
Dalam surat itu, pertubuhan itu melahirkan rasa prihatinnya dengan sikap anti-Sematic Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Anwar yang telah menghabiskan beberapa tahun tinggal di Amerika dan membina imej pro-Barat telah menggunakan kedudukannya untuk menyebarkan propaganda anti-Sematic.
Anti-Sematic adalah istilah yang digunakan oleh Yahudi untuk melebelkan pihak-pihak yang anti Yahudi atau Israel.
Bagi pertubuhan itu, langkah Anwar mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dengan memasukkan unsur-unsur fitnah anti-Yahudi dan anti-Israel adalah tidak boleh diterima.
"Contohnya, kenyataannya pada 30 April yang perisik Israel terlibat secara langsung dalam menguruskan kerajaan.
"Contoh lain adalah, dia mendakwa agen perisik Israel dalam unit IT pasukan Polis," kata surat itu.
Mereka juga berkata, Anwar mendakwa kerajaan menggunakan khidmat syarikat perhubungan awam yang dikawal oleh Yahudi di Parlimen.
Selain itu, mereka mendakwa Anwar pernah membuat kenyataan kepada Islam Online yang dia mempunyai bukti kerajaan menyokong lobi Yahudi di Amerika dan sesetengah pihak di Israel.
"Memandangkan peranan Anwar dalam kebangkitan anti-Sematic dalam politik Malaysia, kami memohon semua pegawai Amerika menggantung sebarang hubungan dengan Anwar Ibrahim," kata surat pertubuhan Yahudi itu.
Sementara itu, pertubuhan ini jugalah yang menyalahkan Flotilla Gaza dan melebelkan Hamas sebagai pertubuhan pengganas.
Bagi pertubuhan ini, Flotilla ini adalah satu provokasi oleh kumpulan pro-Hamas yang berlindung di sebalik bantuan kemanusiaan bertujuan untuk memusnahkan negara Yahudi yang dianggap mereka sah itu.

(inilah tanda yang anwar ibrahim ada hubungan dengan yahudi laknatullah)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails