
 GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi  negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS  melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam  isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara.
GELUGOR, Pulau Pinang, 14 Jan: Pulau Pinang menjadi  negeri pertama mengadakan dialog antara Islam dan Kristian selepas PAS  melakukan pendekatan berdialog dan penerangan kepada bukan Islam dalam  isu 'kalimah Allah' demi menjaga keharmonian negara. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli  Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof berjaya membuka lembaran baru  buat PAS terutamanya di tahun baru 2010 yang menyaksikan berbagai  peristiwa hitam terjadi pada negara.
Dr Mujahid telah pergi  secara rombongan bersama aktivis parti dari Parit Buntar, Perak serta  Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Takiqudin Hamzah,  Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Tanjung, Yacoob Omar, Ahli Majlis  Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Yusoff Mohd Noor dan Setiausaha  PAS Jelutong, Nasir Ismail.
Mereka disambut dan diberikan penghormatan kerana sudi hadir untuk  memperjelaskan isu yang menjadi topik hangat ketika ini. Dialog  ini diadakan semalam di Dewan Holy Spirit iaitu sebuah dewan yang berada  dalam kawasan gereja Greenland, iaitu terbesar di Pulau Pinang.
Selesai  sahaja Dr Mujahid berucap, orang ramai yang memenuhi dewan itu bangun  sambil bertepuk sebagai tanda menghormati dan menyanjung ucapan beliau. Antara  rumusan ucapan Dr Mujahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong PAS itu  ialah, beliau menasihatkan masyarakat Kristian jangan terpengaruh dengan  mainan pihak tertentu yang mahukan negara menjadi tidak tenteram  padahal masalah yang berbangkit boleh diselesaikan dengan mudah sekali.
Ia  sengaja disensasikan bagi kepentingan politik pihak tertentu  terutamanya melindungi isu yang tengah hangat diperkatakan.Maka sebab itu, PAS mengambil langkah  menangani masalah tersebut dengan berhemat iaitu dengan berdialog bukan  berdemontrasi kerana jalan berkenaan membolehkan perpecahan berlaku di  kalangan rakyat negara ini.
"Sebenarnya isu ini bukan isu  sensasi tapi sengaja disensasaikan oleh pihak tertentu untuk menjaga  kepentingan politik sempit mereka.  Bagi PAS berdialg adalah cara  terbaik untuk masyarakat bukan Islam tahu keindahan perjuangan yang  diwarisi Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w, " terangnya.
Tambahan  pula Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk  memeliharaan Islam sebagai agama rasmi negara serta Perkara 11 (4) dalam  kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak  boleh sebarkan agama  mereka kepada orang Islam.
Islam juga ujarnya, melarang  penganutnya membinasakan rumah ibadat bukan Islam untuk mengelak  daripada dianggap Islam itu ganas sekaligus menjauhkan mereka daripada  mendekati Islam secara bersungguh.
"Saya yakin Perkara 3 dalam  Perlembagaan Malaysia sudah memadai untuk pemeliharaan Islam serta  Perkara 11 (4) yang melarang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada  orang Islam, " tegas beliau.
Turut memberi pandangan pada majlis  berkenaan ialah Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas Negeri, Chow Kon  Yeow, Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim dan  aktivis Aliran, Anil Netto. 				  		
Komen Blog IbnuHasyim: Ianya suatu pendekatan baru, lanjutan dari dialog dengan orang Cina (1980an), Kelab penyokong PAS jadi Dawan atau sayap PAS, dan kini Dialog Islam/Kristian pula. Mungkin juga hasil dari siri penerangan nama 'Allah' yang dipertikaikan. Al-hadulillah.. Teruskan!
Pertemuan PAS Perak bersama Paderi Kristian - 18 Mei 2010
 
 

No comments:
Post a Comment