Sunday, May 30, 2010

Jus Janin Dalam Gelas.. Apa Ertinya?

NAMPAK tak..

Gambar ini, janin dalam keadaan meringkuk di dasar gelas, di bawah airbatu dan sepotong hirisan limau. Minuman janin dalam segelas koktail? Dikatakan inilah iklan gaya Itali. Memperingatkan perempuan tentang bahaya konsumsi alkohol selama hamil. Negeri Pizza itu melancarkan kempen kesedaran berupa poster bergambar janin di dalam gelas koktail.

Tertera pesan sederhana di poster itu, “Ketika seorang ibu minum alkohol, bayinya pun akan minum alkohol juga.” Peringatan kesihatan itu telah dilancarkan di wilayah timur laut Veneto. Terpampang di bas-bas, di papan iklan, serta toilet perempuan di bar, restoran, dan klub malam.

“Memiliki bayi merupakan salah satu tahap paling penting dalam hidup.. Asas bagi bakal ibu dan keluarga mereka, untuk mengetahui bagaimana menghindari risiko membahayakan kesihatan bayi yang belum lahir,” kata Claudio Dario, direktur jenderal otoriti kesihatan tempatan, sebagaimana dikutip dari Telegraph, Rabu (26/5/2010).

Iklan dicetuskan apabila didapati hasil penemuan Institut Kesehatan Itali menunjukkan bahwa 65% wanita negara itu guna alkohol semasa mengandung. Veneto, yang meliputi Venesia, merupakan daerah pengguna alkohol kedua tertinggi di Itali, dengan sekitar 67% wanitanya mengakui, mereka minum secara teratur.

Di Eropah secara keseluruhan, berdasarkan data dari European Alcohol Policy Alliance, 1 dari 100 bayi hadapi masalah kesihatan, akibat ibunya suka minum alkohol semasa mengandung. 79 % wanita Inggeris minum alkohol selama kehamilan. Minum alkohol selama kehamilan merupakan penyebab utama dari bayi yang lahir cacat dan mengalami gangguan perkembangan, termasuk berat badan yang rendah masa lahir dan kelainan jantung. Organisasi Kesehatan Dunia (WHO) ini memberi amaran wanita perlu hindari alkohol semasa hamil.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sedangkan Islam awal-awal sudah mengharamkan alkohol atau arak, tidak kira sedang mengandung atau tidak, lelaki atau perempuan.

Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w bersabda: "Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:
  • Orang bakhil (kedekut)
  • Orang yang mengungkit pemberiannya
  • Orang yang tetap minum khamar
  • Dan orang yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
Islam begitu mengawal bersungguh-sungguh perkembangan arak. Sehingga menggarskan seperti dalil berikut..

Ibn Mas'ud berkata: "Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:
  • Yang memerah
  • Yang minta diperah
  • Yang minum
  • Yang memberi minum
  • Yang membawa
  • Yang menghantar
  • Yang membekal
  • Yang menjual
  • Yang membeli
  • Yang menyimpan.
Kerajaan yang berkerjasama dengan kewujudan kilang arak dan serba-serbi yang berkaitan dengannya juga terlibat dalam larangan Allah tersebut. Berbalik kepada iklan minuman janin dalam gelas seperti di atas, ertinya, meminum arak bagi wanita mengandung sama dengan meminum jus janin anaknya sendiri. Mampukah anda meminumnya? (2MA)

Sumber tambahan, ada kaitan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails