Friday, June 04, 2010

Saya berbogel ketika bermain.. Slogan Piala Dunia?

SUKAN

Pelacur jual jersi bola sepak

RIO DE JANEIRO, JUN 4 10: Pelacur bandar ini mengambil kesempatan terhadap demam Piala Dunia dengan melancarkan jersi kebangsaan yang bertulis pelbagai slogan, semalam.

Antara slogan yang tertulis, Eu jogo pelada yang memiliki maksud “Saya berbogel ketika bermain” dan “Saya bermain bola sepak”. Put it in, Selecao! (Jaringkan ia, Selecao!) turut menjadi slogan pilihan mereka. Semua jersi yang dijual mengguna pakai nombor 69.

Menurut seorang daripada pelacur yang menjadi model jersi itu, Gerenilza Marinho, 56, setiap jersi dijual dengan harga AS$17 (RM55.50) atau separuh daripada nilai langganan setiap pelacur di Rio de Janeiro. “Saya dan rakan yang lain bakal memperagakan jersi ini di pameran fesyen di Rio minggu ini,” katanya kepada akhbar Folha de Sao Paulo.

Hasil kutipan penjualan jersi itu akan didermakan kepada Daspu, pertubuhan yang memperjuangkan hak pelacur dan juga pendapatan sampingan untuk pelacur veteran. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rumput hijau tumbuh atas najis..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails