Sunday, May 05, 2013

Bermula 6 Mei, Kalau Pakatan Memerintah..

Oleh ZulMamak



3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari Pakatan Memerintah.... INI KALILAH


6 Mei - Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.

30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat 

  1. 7 Mei - Menurunkan harga minyak serta merta 
  2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
  3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat

  1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi. 
  2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang 
  3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga 
  4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan. 
  5. Membebaskan media dari campurtangan politik 
  6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri 
  7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum. 
  8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat': 
  • Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 
  • Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.  
9.Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.
 
INI KALILAH

Benarkah 'Ini kalilah' = 'Inni Qalillah' Bermakna 'Akulah Allah'?



BUKTI GEMPAR....Sebutan INIKALILAH hina Al- Quran

DIMANA MANA sebutan atau ayat mahupun ejaan" INIKALILAH" menjadi satu perkataan yang ditakuti oleh pihak disebelah sana. Perkataan Ini Kali lah asalnya adalah sebutan orang Sabah yang membawa maksud KALI INI .......Mungkin sudah ketandusan isu....perkataan INIKALILAH diberikan maksud begini........
 

Penulis pun bukan arif dan pakar dalam menafsir ayat Al- Quran...nak memandai dalam hal ini takut rosak akidah.........tetapi  jika kita fikir secara logik...ramai orang islam diSABAH sudah menggunakan perkataan ini kali lah sudah berkurun lama.......rosakkan mereka dan DAJJAL KAH MEREKA??

Jika dilihat dari segi ejaan YANG BETUL ......INI KALI LAH.......tidak dirapatkan! 

Sesekali terfikir jua......jikalau ditakdirkan kita mengundi minggu depan bukan esok...pasti perkataan UBAH juga akan dijadikan satu isu kononnya Pakatan menghina pemakai JUBAH! (Diangkat dari TKO)

PRU 13: Samseng I Love PM Mengganas

Blog Perakite Daily


Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.



Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.


Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.


Oleh Orang Ni

Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I ♥ PM


Terkini: Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I Love PM
 Tragedi Flashmob hari ini 4 April di Ipoh Perak menyaksikan budaya samseng penyokong UMNO BN...!!!



Saksikan Klip Video


PRU13: Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full Moment]
Ikuti laporan berkaitan kejadian di FB Perakite

(IH/Sumber)

Pertarungan Sengat, Tapi PR Di Depan -Kajian Merdeka Center

PRU13

SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN. Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19). Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima). Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Tempoh berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini. Ketika mengulas lanjut berkata, Ibrahim berkata, daripada 46 kerusi yang menjadi rebutan BN dan PR, sebahagian besar berada di Pantai Barat Semenanjung. Antara kerusi-kerusi yang termasuk dalam senarai 46 itu ialah Balik Pulau, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Padang Rengas dan Merbok.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala komponen PR menguasai 82 kerusi. Ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, BN menguasai 137 kerusi di Parlimen.

"Dalam kajian yang kami kendalikan, 42 peratus pengundi bersetuju bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi satu peluang untuk memerintah negara ini manakala 41 peratus merasakan BN masih boleh memerintah negara ini," kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Sebanyak empat peratus responden enggan mengulas manakala 13 peratus mengatakan mereka tidak tahu. Kajian ini melibatkan seramai 1,600 pengundi berusia 21 tahun ke atas. Kajian dikendalikan menerusi telefon. Ibrahim berkata, hasil kajian pihaknya juga menunjukkan tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot daripada 64 peratus kepada 61 peratus.

Populariti Najib dalam lingkungan 64 peratus ketika tempoh kajian dikendalikan dari 12 hingga 17 Mac lalu.

"Ini menunjukkan penurunan dalam persekitaran 'mesra' yang dijana susulan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan insentif-insentif lain," katanya lagi. (SH)

Saturday, May 04, 2013

Kempen UM-porNO Makin Meluas, Libatkan DAP Pula..


Hari ini Calon DAP Likaz Junz Wong telah difitnah berpoya-poya dengan ramai gadis dan menyebab ada yang mengandung. Rupanya bukan sahaja PKR dan PAS terkena sebarang bahan lucah, DAP pun tak terkecuali...

Calon DAP Likas Junz Wong pada mulanya enggan mempedulikan penyebaran gambar yang diubahsuai dengan mamaparkannya sebagai kaki perempuan di kalangan pengundi muda sekitar Kota Kinabalu melalui media sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Tetapi apabila orang ramai mula bertanya sama ada beliau membayar dan kemudiannya meninggalkan gadis itu dalam keadaan mengandung, Wong memutuskan untuk bersuara.

"Tidak benar. Orang yang mendakwa melalui akaun Facebook tidak dikenali itu harus tampil ke depan jika betul, saya boleh bertanggungjawab tetapi ia tidak benar," katanya.

"Orang ramai kata saya bintang yang sedang meningkat naik dalam politik tetapi itu tidak menjadikan saya Romeo," katanya dalam sidang media semalam.

Gambaran grafik yang disebarkan memaparkan Wong, 33, dengan pelbagai wanita yang berbeza. Beliau mendakwa ia dipotong daripada gambarnya bersama sekumpulan rakan di Facebook. 


Oleh TKOOffline

E-Buku IH-72: PRU13 (3), Mengundi & Selepas..



E-Buku IH-72: PRU13 (3), Mengundi; Selepas..
Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Dan seterusnya..

Sebelum ini lihat !00 artikel bermula pembubaran parlimen.., 100 artikel sekitar penamaan calon.. dan seterusnya..


E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah..

E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah.. 
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.

PRU 13: Ini Buah Tembikai Ajaib!

JOM KREATIF

Saya Banyak Suka Chef ni lol
Oleh TKOOffline


Demam IniKaliLah dan ubah merebak di serata Malaysia, tak kira tua atau muda. Tak kira apa pekerjaan. Paling cantik chef ini buat kepada tembikai....

各 位大马朋友请注意!!请告诫身边的公公婆婆,无知的妇孺,尤其是那些没接触互联网而只看电视媒体的报导,报章上非事实的新闻传播的亲朋戚友!!千万别被一 些只会用钱收买人心,无中生有,扭曲事实,用权势气压人民的一群给蒙蔽 !!也请大家提醒他们,他们得到的,原本就是属于自己的,不需要感恩某某团体而做错了选择!!!你们应该让他们知道及打开互联网的信息让他们看真实的一 面!!!那么那些被蒙蔽的一群,才会为这次的大选投下公平,公正的一票!!

请各位把这条信息传发出去!!并第一时间让那群被蒙蔽的一群知道真相!!!请别忽视自己的力量!!大马人!!请勇敢的站起来!!只有团结才是最大的力量!!!PLS SHARE
 

Ahli rakan-rakan Malaysia Sila ambil perhatian! ! , 

Amaran sekitar bapa mertua ibu mertua, kejahilan wanita dan kanak-kanak, terutamanya mereka yang tidak akses kepada Internet dan melihat laporan media televisyen, surat khabar, bukan fakta berita penyebaran kawan dan saudara-mara! ! 

Jangan hanya menggunakan wang untuk membeli orang daripada apa-apa, memesongkan kebenaran, ditutup mata dengan kumpulan tekanan yang kuat daripada rakyat! ! Sila mengingatkan mereka bahawa mereka dapat, asal mereka sendiri, anda tidak perlu Kesyukuran kumpulan tertentu dan pilihan yang salah! ! ! 

Anda harus membiarkan mereka tahu dan membuka Internet supaya mereka boleh melihat bahagian sebenar! ! ! Maka orang-orang yang buta oleh kumpulan, akan dibuang ini pilihan raya yang adil dan hanya satu undi! !

Sila letakkan pas maklumat yang dihantar keluar! ! Dan kali pertama kumpulan kumpulan itu buta untuk mengetahui kebenaran! ! ! Jangan abaikan kekuatan mereka sendiri! ! Rakyat Malaysia! ! Sila berani dan berdiri! ! Hanya perpaduan adalah kekuatan yang paling besar! ! ! PLS SAHAM) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Chef ini menyampaikan mesej politiknya melalui kegiatan harian yang ada padanya. Mudah dan kena sasarannya. Menyampaikan nesej melalui buah tembikai yang di belah, ditulis berseni dan berkreatif. Berlambangkan bendera PAS bertulis, 

"Ini kali la ubah chef" (IH)

Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails