Sunday, August 29, 2021

5 wanita warga asing ditahan melacur

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima wanita warga asing di sebuah pangsapuri dekat Taman Usahawan, Kepong, semalam, kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur.

Wanita berusia antara 23 tahun dan 42 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda bermula jam 4.50 petang itu, membabitkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata turut diberkas seorang lelaki berusia 39 tahun, dipercayai pelanggan wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil serbuan membawa kepada rampasan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran, termasuk tuala mandi, tisu tandas, kondom dan minyak urut selain kad akses dan sejumlah wang tunai.

"Modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dan mereka dipercayai beroperasi sejak dua hari lalu. Pemilik rumah terbabit sedang dikesan untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati bayaran sebanyak RM160 dikenakan untuk setiap perkhidmatan seks kepada pelanggan dan janji temu dibuat melalui aplikasi WeChat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semua wanita itu direman 14 hari hingga 11 September ini mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Eng Lai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

1 comment:

Anonymous said...

Mantan menteri kesihatan ph beria-ia mempertahankan kemasukan pelancong cina tidak membawa wabak covid. Oleh itu mereka sewenang wenangnya dtg melancong dan bawa wabak sekali. Two in one. Dapat duit dapat covid.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails