Friday, July 24, 2020

PAS cadang martabat Mahkamah Syariah



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman meminta Kerajaan Persekutuan memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah dengan menubuhkan lima hierarki bagi sistem perundangannya seperti mana Mahakamah Sivil.

Katanya, langkah mewujudkan lima lapisan hierarki Mahkamah Syariah ini wajar dijadikan langkah pertama untuk kerajaan hari ini memrtabatkan Mahkamah Syariah seperti mana yang dilakukan oleh Negeri Perak.



“Negeri Perak ketika ini merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai empat hierarki Mahkamah Syariah, negeri lain hanya mempunyai tiga hierarki sahaja. Saya berharap Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain mengikuti langkah ini bukan sahaja ada empat hierarki mahkamah syariah, tetapi lima hierarki sama seperti Mahkamah Sivil,” ujarnya.
Mengulas lanjut, menurut Ahmad Tarmizi, keanggotaan Mahkamah Syariah, iaitu hakim-hakimnya juga wajar dilantik sepertimana hakim di Mahkamah Sivil dan pelantikan hakimnya mestilah bebas dari kongkongan menjadi penjawat awam.
Hal ini kerana ia dikhuatiri menghakis kebebasan mereka membuat keputusan yang adil dan saksama.
Malah, panel Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah hendaklah dari kalangan panel yang tetap, katanya ketika berucap membahaskan Ucapan Titah Diraja di Parlimen, semalam.
Ahmad Tarmizi dalam masa sama menyifatkan PH sebelum ini telah gagal menunaikan janji mereka apabila Akta Profesion Guaman Syarie 2019 tidak berjaya diwartakan.
Kata beliau, ia boleh diumpamakan dengan hangat-hangat tahi ayam apabila akta tersebut berjaya diluluskan, namun tidak diambil tindakan seterusnya.
“Menteri ketika itu mendakwa mereka dapat menggubal akta ini tak sampai setahun berkuasa berbanding kerajaan sebelum ini mengambil masa puluhan tahun.
“Namun usaha kerajaan diterajui PH ini macam ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’ kerana selepas diluluskan sehinggalah PH tumbang akibat persengketaan dalaman sendiri, Akta tersebut tidak diwartakan lagi sehingga ke hari ini,” katanya sinis.
5 Disember 2018, Dewan Undangan Negeri Perak telah meminda Enakmen Pentadbiran bagi menubuhkan Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak yang telahpun bersidang buat pertama kali pada 15 Julai lepas.
Untuk rekod, Perak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah apabila Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudidin Shah memperkenan mewujudkan satu lagi lapisan mahkamah rayuan.- HARAKAHDAILY 24/7/2020

8 comments:

Anonymous said...

Ruu355 pun dah kelaut. Nak cari modal baru sbb ruu355 sm hudud pun dah snyap. Lagi nk cadang benda baru. Pastu bila org tegur, terus kena cop liberal. Penganut pasumno pulak bodoh2 belaka.

Lelakidicermin said...

Agaknya bagaimana walaun2 pas merangkak2 kat SANA nanti mintak ampun dan maaf pd org yg di kafir di blog2 pro parti pas masa isu ruu355 hangat dulu..solat tak tinggal mulut senang mengkafir org... rupanya kena main dgn pak lebai pimpinan atas.. walaun2 tak rasa berdosa dan bersalah ke..?.

Anonymous said...

Ini contoh komen orang khianat kepada orang islam dan bangsa melayu. Tidak punya rasa cintakan islam dan ulamak. Cerminnya sudah penuh dengan kotoran hingga tak nampak objek yg betul. Objek cantik, imejnya jadi buruk.

Anonymous said...

Bro, bukak minda. Blajar bezakan ulamak dgn ular dlm semak.

Anonymous said...

Belajar agama bukan belajar beza ulamak.

Anonymous said...

PAS telah bawa RUU355 ke parlimen untuk kebaikan umat Islam tetapi malangnya puak kafir harbi dan khadam munafik liberal mereka sibuk mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan RUU355 kerana mereka memusuhi Islam dan umat Islam.

Anonymous said...

Agaknya bagaimana walaun2 pandap merangkak2 kat SANA nanti mintak ampun dan maaf pd org pas yg difitnah di blog2 pro parti pandap masa isu ruu355 hangat dulu..walaun pandap solat tinggal mulut longkang sokong industri dosa besar... rupanya kena main dgn gonna end tak basuh berak pimpinan atas pandap.. walaun2 pandapt tak rasa berdosa dan bersalah ke..? Masa kecil tak mahu mampus, bila sudah besar sibuk fitnah perjuangan Islam.

Anonymous said...

Bro 7:10, bukak minda. Belajar bezakan ulamak PAS yang berjuang menegakkan Islam dengan ular pandap dalam semak yang berjuang menegakkan ketuanan kafir harbi. .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails