Thursday, July 23, 2020

Masa terbaik membendung isu LGBT


KERAJAAN PH sebelum ini sangat ‘longlai’

Isu membendung LGBT di negara ini sewajarnya menjadi salah satu agenda besar dalam gerak kerja Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Agama dan agensi-agensi lain serta pihak berkuasa yang berkaitan.

Kerajaan PH sebelum ini yang kononnya mahu membawa gagasan Rahmatan Lil Alamin menerusi Menteri Agama sebelum ini dilihat longlai dan lembik apabila beberapa insiden yang dilihat suara-suara sumbang LGBT yang mendapat tempat dan semakin zahir di media-media massa.
Kesemua ini boleh dilihat kepada ulasan sebelum ini di pautan:
(1) Kedudukan LGBT Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia [1]
(2) Meluruskan Kefahaman Perbahasan Rahmatan Lil ‘Alamin [2]
(3) Bawa Perkataan ‘Rahmah’ Dengan Cara Yang Sebenar Menurut Islam [3]
[4] Fahami ‘Hikmah’ Tanpa Songsangan Definisi [4]
Ketegasan Dr Zulkifli al-Bakri wajib disokong
Baru-baru ini pada 10 Julai 2020 apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad memberi ‘lesen penuh’ kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan terhadap Transgender.
Pun begitu tindakan yang akan diambil itu tidak hanya melibatkan tangkapan semata-mata, sebaliknya yang lebih utama kata beliau ialah ‘tarbiah’.
Penegasan dan hikmah dari kenyataan beliau jelas memberikan keresahan terhadap golongan yang cenderung membela kumpulan LGBT ini. Ini dilihat apabila Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) menerusi Pesuruhjayanya, Ambiga Sreenavasan mengkritik kenyataan Dr Zulkifli al-Bakri. Ambiga juga menyatakan kenyataan Dr Zulkifli al-Bakri seakan serangan bersifat transfobia dan homofobia daripada pegawai kerajaan tidak boleh diterima dan menunjukkan prasangka masyarakat dan kurangnya perlindungan undang-undang berkenaan diskriminasi yang dihadapi komuniti Transgender.
Keberanian puak yang membela golongan LGBT ini biasanya memainkan sentimen:
(1) Hak kebebasan dan demokrasi kepada semua rakyat.
(2) Golongan minoriti mempunyai hak dan jangan didiskriminasi.
Sedangkan membiarkan golongan LGBT berterusan dalam kelakuan songsang mereka yang menyanggahi agama dan fitrah adalah satu kerosakan dan menzalimi diri sendiri yang mesti dibendung, dipulih dan dicegah.
Apatah lagi, soal kelakuan yang menyanggahi fitrah kejadian seperti perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya jelas telah termaktub dalam enakmen syariah merupakan satu kesalahan.
Malahan, antara perkara pertama dalam menjayakan gerak kerja dan penguatkuasaan dalam membendung isu LGBT ini, pihak berkuasa mestilah:
(1) Mana-mana entiti yang bertindak dalam menyokong dan menaja LGBT mestilah diambil tindakan sekali agar ‘lumpuhnya’ kekuatan ‘entiti’ kumpulan LGBT secara terancang.
(2) Tidak memberikan keizinan dan permit pada mana-mana pengiklanan, percetakan dan promosi yang cenderung ke arah komersial kelakuan LGBT ini agar tidak menjadi normalisasi yang membawa kerosakan.
Ini kerana LGBT ini adanya 2 sudut iaitu:
(1) Entiti berkumpulan LGBT. Ini yang bahaya kerana mempunyai misi dan tujuan menyebarkan dakwah yang merosakkan umat Islam. Perlu dikuatkuasakan pencegahan dan hukuman jika melampaui batasan.
(2) Individu LGBT. Ini secara persendirian yang terikut atau mengalami masalah psikologi dalaman. Perlu kepada tarbiyah dan didikan agar mengembalikan semula mereka ke pangkal jalan.
Ia sebagaimana Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang membahagian dakyah golongan murtad kepada dua sebagaimana dalam kitabnya Jarimah al-Riddah wa Uqubatuha. Di mana penyebar dakwah adalah bahaya kerana mempunyai agenda tersendiri berbanding dengan individu persendirian.
Dapat menurunkan statistik isu LGBT adalah kejayaan besar untuk umat
Dalam laporan berita pada Oktober 2018, JAKIM mendedahkan, anggota masyarakat gay direkodkan meningkat hampir 100 peratus, iaitu seramai 310,000 individu pada tahun ini, berbanding 173,000 lima tahun lalu.
Manakala, golongan Transgender pula merekodkan peningkatan kepada 30,000 individu pada tahun ini, berbanding seramai 10,000 pada 1988.
Statistik di atas jelas menunjukkan angka yang sepatutnya menjadi kebimbangan berasas bagi setiap umat Islam khususnya yang mesti diselesaikan secara berperingkat-peringkat bagi membendung dan mengatasinya.
Antara faktor bertambahnya angka dan berkembang pengaruh LGBT ini kerana beberapa faktor:
(1) Belum matang dan tak dapat membezakan jenis sentuhan ke atas mereka.
(2) Pengaruh media sosial tanpa pengawasan yang ketat.
Justeru, mempergiatkan usaha kesedaran pendidikan dan pemulihan sangat penting bermula dari pemantauan ibu bapa sehingga penguatkuasaan kerajaan.
Adalah menjadi satu impian atau harapan untuk mendengar laporan secara berkala kejayaan menurunkan statistik golongan LGBT. Ini kerana golongan LGBT ini dengan tindakan mereka tersebut adalah jelas dilaknat oleh Allah. Dibimbangi perbuatan terkutuk dan dilaknat menjadi punca hilangnya barakah dalam sesuatu tempat dan negara ekoran dibiarkan tanpa keseriusan dan ketegasan yang dikuatkuasakan.
Ibu bapa golongan LGBT wajib bekerjasama dan bantu pemulihan
Ibu bapa yang diuji oleh Allah terdapat kalangan anaknya dari terpengaruh LGBT wajib tampil ke pihak berkuasa memberikan informasi dan membantu agar tindakan dan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas.
Keengganan disebabkan malu atau berasa tidak kisah akan lebih menyukarkan membendung isu LGBT dijalankan.
Sebab itu ibu bapa wajib memiliki ilmu dan kefahaman Islam bagaimana menguruskan rumah tangga mencapai keredhaan Allah. Dan termasuklah tanggungjawab ibu bapa ialah memastikan fitrah anak-anak dipelihara dan kekal sebagaimana fitrah dan jantina sewaktu ia dilahirkan.
Malahan jika terdapat isu khunsa sekalipun, maka kewajipan ibu bapa memastikan penentukan jantina bagi anaknya tersebut. Ulasan asas mengenai penentuan nasab keturunan pernah diulas sebelum ini di pautan: [5]
Umat wajib boikot figura LGBT
Umat Islam wajib boikot apa sahaja saluran yang ‘membantu’ kehidupan LGBT untuk berterusan dalam keadaan LGBT. Tidak perlu membantu dalam membeli pembelian produk jualan mereka. Tidak perlu mengikuti mereka di saluran-saluran media sosial mereka. Abaikan polemik murahan mereka dalam mendapatkan perhatian.
Ini kerana sikap figura LGBT ini semakin dilayan semakin menjadi. Malahan, secara terang-terangan dan acap kali mengulanginya. Ini kerana ia merupakan publisiti murahan dan hanya mahukan perhatian umum kepada mereka dengan niat jahat tertentu.
Pihak berkuasa wajar ambil tindakan tegas kerana kelakuan mereka dalam keadaan songsang jelasnya menghina agama dan hukum. Maka perangai mengejek dan mempermainkan agama ini adalah kesalahan yang besar malah dilarang bersama-sama dengan mereka.
Sebagaimana kisah yang dibawakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai kisah Umar Abdul Aziz yang menjatuhkan hukuman ke atas seorang pemuda yang duduk-duduk bersama dengan peminum arak yang lain. Sekalipun dia tidak minum namun keberadaannya di sana tidak mengubah suasana dari maksiat yang sedang berlaku. Lantas dibacakan oleh Umar Abdul Aziz larangan Allah dari turut bersama dengan mereka yang sedang mempermainkan hukum agama.
Firman Allah S.W.T:
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain.”(al-Nisa’: 140)
USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI DR HJ SAIMAN
Pengerusi

Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/7/2020



[1] https://bit.ly/342KbPX
[2] https://bit.ly/2UnsjvC
[3] https://bit.ly/3alLM5w
[4] https://bit.ly/3aBJz5W
[5] https://bit.ly/2JnUEMi

4 comments:

Anonymous said...

LHDN adalah di bawah Kementerian Kewangan. MoF dibawah kuasa Lim Guan Eng dan gang Tony Pua.

Pada masa tuntutan cukai ke atas Najib dan keluarga Najin dikenakan juga merupakan masa Tony Pua dan Guan Eng bermaharajalela dan banyak menyalah gunakan kuasa (saman Najib jika berani) untuk mengenakan Najib dan orang BN.

Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut.

Akta Cukai Pendapatan 1967:

“Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.”

Ini bermaksud, jika LHDN tuntut cukai RM3.76 Trilion pun, mahkamah perlu arahkan dfendan bayar RM3.76 Trilion. LHDN sila siasat anak Tun dan Lim Guan Eng pula.

Di bawah undang-undang tadi, "mahkamah tak ada kuasa" untuk pertikaikan tuntutan cukai LHDN.

Bayar dulu. Lepas bayar, baru boleh membuat rayuan di panel rayuan LHDN untuk mendapat kembali bayaran yang tak patut.

Sebab itu, kerajaan PH dahulu boleh kenakan tuntutan dan penalti cukai sebanyak RM1.7 bilion ke atas Bossku untuk wang yang disebut RM2.6 bilion walaupun ianya jelas wang tersebut telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima manakala RM632 juta adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi yang merupakan dana sumbangan asing yang tidak patut dikenakan cukai.

Tapi apalah nasib kita jika kuasa di bawah undang-undang cukai negara telah disalahguna oleh Guan Eng, Tony Pua dan gengnya untuk mengenakan musuhnya supaya mereka boleh memainkan propaganda untuk menipu rekayasa rakyat yang kurang faham akta dan proses tuntutan cukai?

Kebenaran akan dibuktikan akhirnya apabila Najib menghadap panel rayuan Pejabat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan nanti.

Klu cukai LHDN 1.6 billion brapa pendapatan tahunan fuyooo ratus trillion tuhhh..!! Logik kah walaun unta sekelian..!?

Klu bailout kena cukai tak..!?

Betapa celaka nya PH dibawah kuasa PM ke 7 dulu. Celaka lah sang fitnah

Anonymous said...

Orang liberal boleh sembang hal munafiq. Logik ke tidak?

Anonymous said...

Mmg terbaik. PN sendiri lantik speaker sm timbalan golongan lgbt. Bodoh mcm lembu ternak!

Anonymous said...

Lebai sokong pulak tu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails