Saturday, July 25, 2020

Blog Ini, Sebaigai Rakyat M'sia Sambut Baik Usaha PM. Lihat Ini,


Kerajaan komited teruskan usaha dapatkan semula aset 1MDB - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited untuk meneruskan usaha mendapatkan semula aset-aset lain berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan meneruskan tuntutan terhadap individu dan pihak yang berkaitan dengan skandal penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik itu.
Perdana Menteri berkata beliau menyambut baik pengumuman penyelesaian bernilai RM16.6 bilion yang dicapai antara kerajaan dan bank pelaburan global, Goldman Sachs bagi tuntutan berhubung salah laku serta penyelewengan dana 1MDB.
Muhyiddin berkata, dengan penyelesaian itu, dana 1MDB yang akan dikembalikan kepada Malaysia secara keseluruhannya berjumlah RM19 bilion, termasuk yang dipulangkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dan pasukan perunding atas usaha mereka mencapai penyelesaian ini.
"Ini adalah satu kejayaan dalam usaha mengembalikan hak dan harta rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz hari ini dilaporkan berkata, Goldman Sachs bersetuju membayar AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion) bagi penyelesaian caj dan tuntutan tertunggak berkaitan dengan tiga urus niaga bon membabitkan 1MDB.
Beliau berkata, jumlah penyelesaian dan wang yang sudah diterima oleh Malaysia daripada DoJ AS lebih daripada AS$4.5 bilion (RM19.14 bilion) akan dikembalikan kepada kerajaan.
Jelasnya, Goldman Sachs, atas biayanya sendiri, juga akan membantu kerajaan dalam melantik pakar pemulihan aset untuk mendapatkan kembali aset lain yang kini berada di luar Malaysia. (BH)
Komen Weblog Ibnu HasyimBlog ini, sebaigai rakyat Malaysia sambut baik usaha PM itu. Al-hamdulillah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails