Friday, July 24, 2020

Bagus, harga turun, tapi pastikan berkualiti.. - CAP

Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat awam ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang hari ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat selain menurunkan harga siling pelitup muka sebanyak 30 peratus mulai 15 Ogos ini, kerajaan perlu mengambil kira beberapa faktor lain bagi memastikan langkah itu tidak memberi kesan negatif kepada pengguna.
Antara faktor lain yang perlu diberi perhatian ialah pemantauan terhadap kualiti produk pelitup muka berkenaan, stok bekalan yang mencukupi dan akses bagi pembelian adalah mudah.




Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat, hari ini berkata harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 bermula 15 Ogos ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya pula mengumumkan pemakaian pelitup muka akan diwajibkan di tempat awam dan pengangkutan awam yang sesak bermula 1 Ogos ini. Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
Orang awam memakai pelitup muka di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Kerajaan telah membuat keputusan mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah   Orang awam memakai pelitup muka di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Kerajaan telah membuat keputusan mulai 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Mengulas isu itu, Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata langkah penurunan harga itu disambut baik, tetapi kerajaan perlu memastikan stok yang mencukupi di pasaran.
"Selain itu, perlu dipastikan pelitup muka boleh didapati di kedai, bukan hanya di farmasi sahaja. Ini bagi memastikan ia tidak dikawal oleh satu pihak sahaja, pelitup muka sepatutnya perlu ada di kedai runcit," katanya.
Mohideen Abdul Kader. Foto fail NSTP /Shahnaz Fazlie Shahrizal Mohideen Abdul Kader. Foto fail NSTP /Shahnaz Fazlie Shahrizal
Selain harga, beliau turut mengingatkan mengenai pemantauan kualiti kerana ada produk dijual yang tidak menepati standard pasaran.
"Janganlah pula pelitup muka dua lapisan dijual pada harga RM1.20. Kami dapati ada pelitup muka yang dijual, kualiti dan standardnya tidak bertepatan dengan harga," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi pelitup muka percuma kepada murid sekolah terutama bagi kelompok keluarga B40.
"KPM wajar memperuntukkan bekalan pelitup muka kepada semua murid setiap hari. Bayangkan, bagi satu keluarga yang ada lima orang anak bersekolah, mereka perlukan pelitup muka dalam bilangan yang banyak setiap hari. Ini pastinya membebankan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kerajaan perlu memastikan tiada pihak memanipulasi harga dengan menjual pada harga lebih tinggi kerana permintaan meningkat.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman. - Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman. - Foto fail NSTP/Mustaffa Kamal
"Pengguna juga perlu memainkan peranan, ...jika dapati apa pihak menjual lebih tinggi daripada harga siling, laporkan kepada pihak berkuasa," katanya.
Selain manipulasi harga, beliau turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah proaktif memeriksa kualiti pelitup muka yang dijual di pasaran.
Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah Orang ramai memakai pelitup ketika berada di tempat sesak ketika tinjauan di Jalan Bukit Bintang. Harga siling pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos ini. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah.

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Indo..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails