Tuesday, July 21, 2020

Najis babi: LEKAS sedia lapor SPRM


LESTARI Khazanah Alam (LEKAS) memandang serius tiada tindakan yang dilakukan oleh pihak berwajib ke atas kes pencemaran sisa najis babi Kampung Selamat ke dalam sungai di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Pencemaran ke atas Sungai Kreh tersebut sudah berlaku selama lebih daripada 40 tahun kerana pihak bertanggungjawab hanya asyik menuding jari sesama sendiri.
Kegagalan kerajaan terdahulu kini diteruskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bersama EXCO Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Biarpun pihak berkuasa negeri (PBN) Pulau Pinang sering mendabik dada bahawa kerajaan negeri sebagai Penang Cleaner Greener, ia tidak lebih daripada slogan yang retorik semata-mata. Hakikatnya, isu pencemaran tersebut semakin parah.
Malah, status Seberang Perai yang kini telah dinaik taraf menjadi Bandaraya juga tidak membawa apa-apa erti. Penternakan babi di Kampung Selamat yang berskala sangat besar masih terus mencemarkan alam sekitar.
Dianggarkan kawasan tersebut menempatkan dalam anggaran 130,000 ekor babi daripada keseluruhan kira-kira lebih 300,000 ekor babi yang diternak di negeri Pulau Pinang.
Sisa daripada seekor babi sama ada najis atau sisa-sisa lain adalah berjumlah 40 liter sehari. Justeru itu, jika separuh daripada sisa najis babi itu dilepaskan ke Sungai Kreh, ia bersamaan dengan 2.6 juta liter sisa sehari!
Tidak hairanlah jika air sungai itu tercemar dengan teruk sehingga berwarna hitam dan permukaan menjadi berkerak. Bau busuk akibat pencemaran tersebut boleh dihidu sejauh lebih 5 kilometer.
Persoalannya apakah peranan pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam isu ini?
Mengapa tiada tindakan dikenakan ke atas pengusaha penternakan babi tak bertanggungjawab tersebut? Adakah kerana penternakan babi di situ diusahakan secara haram? Jika secara haram, mengapa pula MBSP tidak mengambil tindakan?
Tetapi jika penternakan memang dilakukan secara sah, apakah yang menghalang MBSP termasuk JPV,  JAS dan JPS daripada bertindak tegas?
Pada 2016, Enakmen Penternakan Babi yang diluluskan telah mewajibkan penternakan babi dibuat secara close farming. Sistem ini menjanjikan tiada pelepasan sisa (zero-discharge) namun realitinya sisa najis babi masih terus dibuang ke dalam sungai tersebut sehingga ke saat ini.
Air sungai yang tercemar telah menjejaskan sumber air untuk kawasan pertanian, khasnya sawah padi berhampiran yang telah pun wujud lebih 100 tahun dahulu. Hasil padi menjadi semakin menyusut setiap tahun kepada hanya 6 tan sehektar berbanding 10 tan seperti yang sepatutnya.
Malah, air yang tercemar di Sungai Kreh tersebut langsung masuk ke Sungai Perai sehingga menjejaskan pula kualiti air di sana. Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang dilihat amat lewa menjaga kualiti air sungai di negeri sendiri. Mungkinkah kerana telah terlalu selesa bergantung kepada 90 peratus bekalan air mentah yang disalurkan daripada Kedah?
Pencemaran najis babi ke dalam sungai tersebut telah menjejaskan kualiti kehidupan penduduk setempat akibat pencemaran bau yang dahsyat. Malah, risiko kesihatan akan penyakit bawaan serangga seperti lalat dan nyamuk hanya ibarat bom jangka. Apakah kes JE yang muncul semula baru-baru ni berpunca daripada ratusan ribu populasi babi di Pulau Pinang ?
Nilai hartanah dan tanah sekitar juga juga amat terjejas dan semakin susut nilai. Banyak peruntukan dana awam terpaksa dibelanjakan untuk usaha memulihara sungai yang terjejas setiap tahun. Pihak yang untung hanyalah para penternak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru itu, LEKAS ingin menuntut penjelasan daripada pihak berwajib berhubung pertanyaan yang di bawah:
1. Berapakan bilangan kelulusan yang diberikan oleh MBSP kepada penternak babi di kawasan Kampung Selamat?
2. Sekiannya semua penternakan adalah secara sah, mengapakah pihak MBSP, JPV, JAS dan JPS tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas para penternak?
3. Jika penternakan babi tersebut secara haram pula, mengapa MBSP masih gagal bertindak merobohkan kandang-kandang babi haram tersebut?
4. Mengapa EXCO Pertanian Negeri Pulau Pinang, YB Norlela Ariffin dan EXCO Alam Sekitar, YB Phee Boon Poh hanya diam dalam isu ini? Adakah kerana itu MBSP masih belum bertindak?
5. Mengapa Sistem Modern Pig Farming (MPF) secara closed system yang diwajibkan ke atas penternak setelah diluluskan melalui Enakmen Penternakan Babi 2016 masih gagal menghalang pelepasan najis babi ke dalam sungai tersebut?
LEKAS juga ingin menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak tegas dalam isu ini khasnya jika benar penternakan babi tersebut memang beroperasi secara sah disamping pencemaran sisa babi dibuang terus ke Sungai Kreh.
LEKAS juga memohon Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk melihat semula tahap keperluan penternakan babi di Pulau Pinang khasnya di kawasan tersebut.
LEKAS berpandangan bilangan penternakan babi di negeri ini telah terlalu melebihi tahap _self sufficient_ sehingga mengakibatkan kemusnahan alam dan ketidakselesaan penduduk setempat khasnya penduduk Melayu-Muslim begitu sensitif dengan babi daripada sudut sosio-budaya dan kehidupan.
Namun, sekiranya penternakan babi tersebut adalah secara tidak sah, MBSP selaku pihak kerajaan tempatan harus bertanggungjawab penuh untuk bertindak segera dengan menutup semua kandang babi haram. MBSP tidak boleh semata-mata melepas tangan dan menuding jari kepada pihak lain seperti JPV, JAS dan JPS.
Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato’ Sri Reezal Merican dan Tasek Gelugor, YB Shabudin Yahaya juga harus lebih proaktif untuk mendesak dan memantau agar semua pihak berwajib melakukan tindakan segera.
Jika pihak berwajib masih gagal bertindak, LEKAS akan melaporkan kepada pihak SPRM supaya campur tangan dalam kes ini.
ZIKRULLAH ISMAIL
Pengerusi
Pertubuhan Lestari Khazanah Alam (LEKAS) – HARAKAHDAILY 21/7/2020


Hibur Hibur Sikit 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

5 comments:

Anonymous said...

Ahli Parlimen Kepala Batas, YB Dato’ Sri Reezal Merican dan Tasek Gelugor, YB Shabudin Yahaya juga harus lebih proaktif untuk mendesak dan memantau agar semua pihak berwajib melakukan tindakan segera.

Jangan lah sudah jadi menteri menjadi terlalu sibuk sehingga rakyat kawasan sendiri tidak terbela?

Anonymous said...

Diharap Menteri Alam Sekitar dapat meyelesaikan isu yang sudah lama ini!

Semoga segala urusan dipermudahkan Allah SWT!

Anonymous said...

Ada manusia suka makan haiwan tu, tapi tak tahu nak jaga kebersihan. Mangsanya adalah penduduk di sepanjang sungai itu. Tabiat haiwan tu pindah kepada pemakannya.

Anonymous said...

Penternak babi yang sangat tamak dan sangat mementingkan diri sendiri mahu menjadi kaya raya dengan mencemari dan memusnahkan alam sekitar. Sudah banyak sungai musnah kerana penternak babi.

Jika pihak berkuasa melaksanakan tugas dengan jujur dan tegas sebelum kerajaan PN berkuasa, masalah ini mungkin tidak akan berlaku dan pencemaran alam mungkin berlaku para tahap minimum sahaja.

Adakah wang babi lebih menarik hati dari Wang halal ??? Wang babi boleh menyebabkan buta hati, jahat dan kejam dll. Mohon SPRM menyiasat dengan segera.

Anonymous said...

Mewa nk siasat virus dlm kumbahan dlu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails