Thursday, July 23, 2020

TH: Lapor polis gagal kemuka audit tahunan




KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membuat laporan polis berkaitan kegagalan Tabung Haji (TH) dalam mengemukakan audit laporan tahunannya, hari ini.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata, keterangan tersebut telah diberikan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi melaporkan salah laku dalam tadbir urus institusi dana umat Islam tersebut.
Menerusi keterangannya di dalam laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa pengurusan TH yang terdahulu gagal untuk membentangkan laporan audit institusi berkenaan bagi tahun 2018 dan 2019.
Beliau menambah, ianya merupakan satu kesalahan dan menyalahi Akta Tabung Haji (Akta 240) yang mana memperuntukkan supaya laporan audit kewangan haruslah dibentangkan kepada umum setiap tahun.
Ekoran itu, laporan tersebut bertujuan untuk tindakan serta siasatan daripada pihak polis kepada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah (BOD) dan pengurusan tertinggi TH yang bertanggungjawab kepada pendeposit dan Parlimen Malaysia.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pontian, Dato’ Seri Ahmad Maslan mendedahkan bahawa TH gagal mengemukakan laporan tahun yang diaudit bagi dua tahun tersebut kepada Parlimen. – HARAKAHDAILY 23/7/2020
 Mohd Zai di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas membuat laporan polis mengenai Tabung Haji.

7 comments:

Anonymous said...

Patutlah lebih sembangnya. Audit pun tak hantar. Banyak sangat makan kari. Mujahid yg jujur pun tak mampu hantar laporan.

Anonymous said...

Lapor je la. Tindakan xtau bila. Aku mmg nak tgk mujahid kena dakwa. Tapi kalo mmg terbukti fitnah mcamana? Adakah parti suci sggup jilat balik ludah dan mintak maaf sm mujahid??

Anonymous said...

Bukankah menteri PH yang telah menjual aset TH di bawah harga pasaran ? Ke manakah Wang TH telah disalurkan ?? Maka RCI sangat perlu ditubuhkan untuk menyiasat TH dan menteri-menteri PH yang berkaitan dengan TH.

Anonymous said...

90 juta dulu takde sorang pun minta maaf.

Anonymous said...

Ko baru kluar gua ke? Lebai dh kawtim sm minah sarawak report ma..

Anonymous said...

So sapa yg pgg kuasa skrg? Lagi bape tahun nak tubuh rci?

Anonymous said...

Dulu kata Perlembagaan Persekutuan peraturan kafir?
Oleh: PentadbirJuly 25, 2020
Nak bentang RUU355 tiba-tiba kena tunduk pada Perlembagaan Persekutuan?
Bukankah kepala lebai penipu kata Perlembagaan Persekutuan adalah ‘perlembagaan penjajah’, ‘peraturan kafir’ dan ‘peraturan jahiliah’?
Kenapa baru sekarang bila dah jadi kerajaan tebuk atap dan bersekongkol dengan Umno dan MCA, lebai penipu tunduk akur pada perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan peraturan jahiliah tersebut..?
Hakikatnya.. RUU355 telah digunakan oleh lebai penipu dan Umno untuk menipu orang Melayu amnya dan orang Islam di Malaysia khasnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails