Friday, July 24, 2020

Muhyiddin, pendapatan bulanan tertinggi, RM93,841.65

MUHYIDDIN dan Annuar. FOTO arkib NSTP
Muhyiddin rekod pendapatan bulanan tertinggi, Annuar Musa kedua

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.




Tempat ketiga pula adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan dengan jumlah aset kurang dari RM20 juta.
Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta dan kelima Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dengan jumlah aset bernilai di antara RM5 hingga RM8.5 juta.
Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi mengikut turutan ke enam hingga ke 10 ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Diikuti Men Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi pendedahan dikeluarkan Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menerusi portal itu, Ahli Parlimen Pagoh itu, menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 dengan jumlah aset melebihi RM10 juta.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula berada di kedudukan kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan jumlah aset lebih RM20 juta.
Di tempat ketiga pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memperolehi pendapatan RM84,615.20 sebulan dengan jumlah aset lebih RM5 juta.
Di tangga keempat adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan pendapatan RM84,450 sebulan dan jumlah aset lebih RM20 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed pula pada kedudukan ke lima dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan dan aset bernilai antara RM5 hingga RM8.5 juta.
Lima lagi anggota pentadbiran kerajaan mencatatkan pendapatan bulanan tertinggi ( mengikut turutan keenam hingga ke-10) adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.
Dua lagi Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Mohamed Hashim di mana kesemua mereka mencatatkan pendapatan bulanan antara RM64,087.41 hingga RM69,186.48.
Sementara itu, lima ahli parlimen berpendapatan terendah adalah Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin yang memperoleh RM34,242, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memperoleh RM34,004.48, Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Anak Mongin (RM33,450), manakala Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong serta Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Mas Ermieyati Samsudin masing-masing RM25,700.
Berdasarkan tinjauan di portal berkenaan mendapati pendapatan anggota pentadbiran kerajaan itu mula direkod dan diterima antara 30 Oktober 2019 hingga 17 Julai lalu.
Bagaimanapun, tiada maklumat pendapatan bulanan diperoleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Turut tiada dalam senarai adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Sementara itu, SPRM dalam kenyataan akhbar semalam dilaporkan berkata, orang ramai boleh mula mengakses maklumat perisytiharan harta anggota pentadbiran itu menerusi laman sesawang mydeclaration.sprm.gov.my.
Sehingga kini, SPRM sudah menerima dan memaparkan maklumat harta membabitkan 56 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri.
SPRM memaklumkan, pihaknya tidak akan bertanggungjawab terhadap maklumat perisytiharan harta yang diperoleh atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan. (MyMetro)

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 19 -Lagu Politik Indo..

5 comments:

Anonymous said...

Kayo2. Xpe la. Janji bkn dap

Anonymous said...

Penting jika kekayaan berlegar di kalangan orang melayu dan islam. Buy muslim first,sudah pasti halal dan perbelanjaan pengguna jadi pendapatan kepada pengeluar produk muslim. Beli pada non muslim jika ada logo halal pun, belum pasti seratus peratus halal. Ada unsur tidak halal seperti minyak babi dan sembelihan haiwan tidak ikut syarak digunakan pada produk keluaran non muslim.

Anonymous said...

Tak payah beriri hati jika orang melayu kaya. Support bangsa sendiri jangan terus menghina bangsa melayu.

Anonymous said...

Kita sokong BMF untuk memperkasakan dan memartabatkan ekonomi umat Islam.

Anonymous said...

Untung la pemimpin. Walaun bodoh hutang keliling pinggang pun tak sedar diri lg..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails