Monday, July 20, 2020

Menteri KASA tinjau Sungai Kim Kim




JOHOR BAHRU: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam meninjau sistem pengawasan kualiti udara pada masa nyata yang ditempatkan di Pasir Gudang, dekat sini.


Menerusi laman rasmi Facebook beliau, Tuan Ibrahim berkata sistem berkenaan akan memberi amaran awal jika berlaku sebarang insiden pencemaran udara yang akan disalurkan kepada Jabatan Alam Sekitar secara automatik.
Stesen pengawasan pemantauan kualiti udara secara nyata di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu antara 25 lokasi yang ditempatkan sistem berkenaan.
Terdahulu, Tuan Ibrahim turut membuat tinjauan di stesen pemantauan udara dan kawasan sungai di mana berlakunya insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Mac tahun lepas.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Norlin Jaafar.
Tahun lepas, dua episod pencemaran berlaku di kawasan Pasir Gudang dalam tempoh berselang hanya tiga bulan iaitu pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim pada Mac, disusuli pencemaran udara pada Jun. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit 

3 comments:

Anonymous said...

Bila kerajaan nak tubuh sebuah RCI untuk meyiasat punca terjadinya pencemaran alam/pencemaran sungai Kim2? Ianya perkara yang amat serius!

Eloklah disegerakan!

Anonymous said...

Banyak sungai dicemari oleh najis babi dan darah babi. Habis jadi najis mughallazah air sungai. Depa makan khinzir org lain jadi beban.

Anonymous said...

Dia dtg tinjau je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails