Monday, July 20, 2020

'Tangkap, hukum segera' - titah Sultan Selangor

Pelukis Firdaus Nordin (kanan) dan Abdul Hadi Ramli (kiri) turut membantu kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto BERNAMA
Pelukis Firdaus Nordin (kanan) dan Abdul Hadi Ramli (kiri) turut membantu kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto BERNAMA


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.
Sultan Sharafuddin hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara. Sultan Sharafuddin hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara.
"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
"Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda hari ini.
Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.
Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. - Foto BERNAMA Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. - Foto BERNAMA
Pegawai MBSA melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad Pegawai MBSA melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad.

3 comments:

Anonymous said...

Tindakan segera pihak MBSA yang memadamkan semua mural2 tersebut juga mengundang tandatanya? Walhal kerja2 baik pulih mural tersebut oleh artis asal amatlah mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar!

Disyorkan agar pihak polis dapat menyiasat pihak MBSA itu sendiri? Mungkin ada komplot2 politik kebencian disebaliknya!

Anonymous said...

DiSelangor ni, ditaman2 perumahan bergitu banyak anjing2 liar berkeliaran dan amat merbahaya sekali! Pelik bilamana pihak MBSA bergitu lambat bertindak menagkap anjing2 tersebut berbanding dengan isu mural yang mereka bergitu cepat bertindak memadamkannya?

Hairan Bin Ajaib?

Anonymous said...

Sapa yg bela anjing2 tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails