Monday, July 20, 2020

Jurutera rugi RM13,000 diugut wanita mahu sebar video bogel

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

SEORANG jurutera kilang di Bayan Baru kerugian RM13,000 selepas diugut wanita tidak dikenalinya.
Mangsa berusia 25 tahun itu dilaporkan berkongsi video bogelnya kepada wanita terbabit sebelum menerima ugutan berkenaan.
Dia dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kepada suspek kerana bimbang video bogel berkenaan tersebar kepada umum.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mangsa sebelum itu menggunakan aplikasi Line bagi membuat panggilan video dengan wanita tidak dikenalinya pada 18 Julai lalu.
Katanya, mangsa dan wanita itu kemudian melakukan onani tanpa menyedari perbuatan itu dirakam.
"Selepas selesai panggilan, mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali pada jam 3 petang hari sama dan mengugut akan menyebar video bogel berkenaan.
"Mangsa diminta supaya membayar sebanyak RM13,000 sekiranya tidak mahu video itu tersebar, "katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata, mangsa juga sudah membayar wang berkenaan menerusi transaksi dalam talian.
"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa datang ke balai polis pada jam 10.11 malam tadi bagi membuat laporan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana peras ugut menyebar video bogel, " katanya lagi.


2 comments:

Anonymous said...

Islam mengharamkan maksiat tetapi puak kafir harbi dan khadam liberal mereka pula berjuang menegakkan industri dosa besar dan menentang dan menghina ajaran Islam.

Sebilangan manusia kepala batu bodoh sombong bebas melakukan maksiat untuk memenuhi kehendak nafsu serakah mereka. Mereka menjadi kaki judi, kaki botol, kaki betina dll dan menyumbang masalah sosial kepada masyarakat dan akhirnya mereka sendiri yang rugi apabila rumahtangga mereka musnah.

Puak kafir harbi tidak peduli masalah sosial, yang penting wang masyuk.

Tepuk ..........

Anonymous said...

Belajo jer tinggi, akai suntuk. Pengikut pkr kot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails