Wednesday, July 22, 2020

India pengimport terbesar sawit Malaysia


Sikit Tazkirah Ekonomi:
KUALA LUMPUR: Data dan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia merekodkan Negara India merupakan pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara pada tahun 2019 dengan kuantiti sebanyak 4.46 juta tan dengan nilai sebanyak RM9.78 billion.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata demikian, bagi menjawab pertanyaan lisan Dato’ Jalaluddin Alias [BN- Jelebu] berhubungan pengimport dan juga langkah yang diambil oleh kemeterian untuk memperluaskan ekpost minyak sawit negara.
Beliau berkata, antara langkah yang sedang diambil bagi meningkatkan pasaran eksport minyak sawit negara adalah dengan memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara India, China, Kesatuan Eropah (EU), Pakistan, dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan Asia Tengah.
Selain itu, pihaknya juga telah meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi, sekaligus meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.
Sementara itu katanya, Perlaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dijangka akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan di negara-negara pengimport, memandangkan pensijilan MSPO telah diterima oleh Negara Jepun bagi Sukan Olimpik 2020.- HARAKAHDAILY 22/7/2020

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails