Sunday, July 19, 2020

Hutang Peneroka, Jadikan Solusi Realiti. Lagi Usul Bela Rakyat. -AP Pasir Mas.


K’jaan dituntut usaha solusi isu hutang peneroka.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dipohon mengusahakan solusi terhadap permasalahan FELDA terutama melibatkan hutang peneroka demi kebajikan dan generasi pewaris anak cucu para perintis ‘lombong emas’ negara itu.


Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) berkata, isu hutang yang membelenggu para peneroka FELDA adalah tidak munasabah dan tidak jelas di mana ada kalangan mereka tidak tahu-menahu mengenainya.
Beliau mengupas serius isu yang berpanjangan hingga menjadi masalah pewarisan keluarga peneroka itu semasa membahas Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.
“Mereka tandatangan dokumen dalam keadaan mereka tidak tahu pun apa dokumen yang mereka tandatangan. Isu pewarisan harta yang tidak selari pun dengan undang-undang faraid Islam, apatah lagi dengan undang-undang sivil.
“Sebagai contoh, seorang peneroka mempunyai 10 orang anak, hanya boleh menamakan dua orang anak sahaja sebagai pewaris kepada tanahnya, adalah merupakan suatu ketidakadilan yang telah pun berlaku sejak begitu lama.
“Isu penyata pembayaran hasil sawit, isu rumah generasi kedua, isu pengangguran dan migrasi generasi kedua dan juga masalah sosial,” senarainya.
Beliau mengumpamakan FELDA yang kini berusia 62 tahun sebagai lombong emas negara atas potensinya yang membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.
“DNA awal peneroka, semangat awal peneroka itu perlu diwarisi oleh generasi kini. Peneroka ini ialah merupakan perintis, sang pemberani, suka kepada cabaran. Itu tagline yang diperkenalkan oleh kerajaan sendiri ketika sambutan Hari FELDA beberapa hari yang lepas.
“Saya mahu supaya ini dijadikan sebagai realiti, dilontarkan sebagai menjadi praktikal yang diusahakan oleh kerajaan,” gesanya yang turut merakam penghargaan kepada NGO-NGO pejuang isu FELDA. – HARAKAHDAILY 16/7/2020

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

3 comments:

Anonymous said...

Ckp mcm pembangkang. Yg pgg kuasa, korang jgk.usaha xde, nak bg walaun syok sendiri.

Anonymous said...

Bukankah PH telah berjanji untuk menghapuskan hutang peneroka ? Janji PH telah ke 'laut' dan rakyat hanya mampu menelan air liur sendiri sahaja angkara manifesto PH !

Anonymous said...

So PN nak kena tendang jugak ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails