Sunday, July 19, 2020

KASA dedah 110 kontena buangan EAF




KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia.
Walaubagaimanapun, maklumat asal yang diperolehi dalam borang deklarasi tidak sepertimana yang terkandung dalam kesemua kontena berkenaan.
Buangan EAF dust diklasifikasikan sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel dan dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW 104, di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Debu EAF mengandungi logam berat yang amat berbahaya seperti zinc (Zn), ferum (Fe), chromium (Cr), cadmium (Cd) dan plumbum (Pb) dan sekiranya tidak diuruskan dan dikendalikan mengikut prosedur tertentu, akan menyebabkan kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar, malah boleh menjejaskan kesihatan manusia.

JAS selaku Pihak Berkuasa Konvensyen Basel, tidak pernah memberikan sebarang kelulusan dan menerima sebarang notifikasi daripada pihak pengeksport untuk buangan tersebut transit di Malaysia.

Susulan penemuan kontena-kontena ini, pada 15 Jun 2020, JAS telah memaklumkan Focal Point dan Pihak Berkuasa Konvensyen Basel bagi Negara Romania bagi urusan penghantaran balik 110 unit kontena ke negara asal.

Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli kepada Konvensyen Basel, Malaysia adalah komited untuk memenuhi sepenuhnya obligasi dibawah Konvensyen ini.

Melalui Konvensyen ini, sebarang pergerakan merentasi sempadan buangan berbahaya hendaklah memenuhi prinsip Prior Informed Consent (PIC) yang mana negara pengeksport hendaklah mengemukakan notifikasi kepada negara pengimport dan negara transit. Sebarang pergerakan merentasi sempadan buangan toksik dan berbahaya hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kebenaran bertulis dari negara pengimport dan negara transit.
KASA menghargai kerjasama pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dalam membantu menahan kontena-kontena tersebut untuk menjalani pemeriksaan komprehensif bagi memastikan tiada sebarang cubaanuntuk membawa keluar atau masuk ke Malaysia tanpa kelulusan JAS. 
KASA juga berterima kasih atas pemakluman oleh Syarikat ABC Tradex (servis cargo salvage), Syarikat Maersk (pemilik kargo) serta bantuan dan kerjasama pihak PTP dan pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam mengendalikan kes ini. Siasatan masih diteruskan terhadap kes ini dan JAS akan memastikan 110 unit kontena tersebut akan dibawa keluar dari Malaysia secepat mungkin.
Kerjasama di peringkat antarabangsa dalam menangani dan membanteras penghantaran buangan toksik dan berbahaya secara haram ke dalam negara akan tetap diteruskan oleh JAS. Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020, terdapat 28 kes pengimportan haram buangan terjadual yang berjaya dikesan dan dipatahkan oleh JAS dengan kerjasama JKDM dan Pihak Berkuasa Pelabuhan.

Bagi kawalan terhadap buangan terjadual di dalam negara, semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual hendaklah menguruskan buangan berkenaan dengan sempurna iaitu dari segi notifikasi, maklumat ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan terjadual. Semua ini perlu direkodkan melalui sistem atas talian iaitu eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Saya ingin menggesa semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual untuk menggunapakai eSWIS sepenuhnya. Tindakan tegas akan diambil oleh JAS ke atas pihak industri yang gagal berbuat demikian. KASA tidak akan berkompromi dengan penjenayah alam sekitar dan ingin ditegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan KASA akan terus diperhebatkan demi menjamin kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin menegaskan Malaysia mengambil pendekatan zero tolerance kepada sebarang kemasukan haram sisa toksik ke negara ini.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

YB DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
Putrajaya
Dikeluarkan pada 19 Julai 2020 – HARAKAHDAILY 19/7/2020
Hibur Hibur Sikit 

6 comments:

Anonymous said...

Soalan hadirin 6:

Jika Tun Dr Mahathir menubuhkan parti baru apakah parti baru ini akan bekerjasama balik dengan PH?

Jawapan Tun Dr Mahathir: Parti baru ini tidak akan bekerjasama balik dengan PH kerana PH masih mahukan Datuk Seri Anwar sebagai PM. Saya memang tidak boleh bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar.

Kikiki haahh otai otai Refomis sekelian

saya ulanggggg...!!!



haaahh ttepokkkkkkk....!!!

Anonymous said...

Apa jd pd MEWA?

Anonymous said...

Ko tepok la sorg2. Mcm anjing laut sarkas

Anonymous said...

Madey dan nuwar sama2 dah tiada sokongan melayu. Dua2 merosakkan malaysia. Dua2 harapkan air liur dap.

Anonymous said...

Nampak bijak tetapi kedua mereka mahathir dan anwar tak tahu yg mereka sekarang sedang dipergunakan oleh dap untuk memecahbelahkan melayu. Jadi kepada akar umbi eloklah ikut rakan rakan ahli pkr dan pan yg menggugurkan keahlian pkr dan pan. Bersetialah dengan muafakat nasional.

Anonymous said...

Sama la Pas khadam Mca. Ikut konsep gulai sekawah. Ada mca dlm tu, suma jd haram

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails