Saturday, May 02, 2020

Pelakon, Beto Kusyairi, Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit. K'jaan Tolonglah Bantu?

Beto Kusyairi terkejut apabila kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigkan. - Foto Instagram Beto Kusyairi
Beto Kusyairi terkejut apabila kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigkan. - Foto Instagram Beto Kusyairi
HALAMAN HIBURAN
RM4,000 lebur, Beto mangsa penipuan kad kredit


KUALA LUMPUR: Pelakon, Beto Kusyairi, 40, menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit berikutan berlaku transaksi mencurigakan membabitkan penggunaan kad kreditnya.
Aktor yang diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2015 itu berkata, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pihak bank tiga hari lalu, kira-kira jam 9.30 malam yang menyatakan penggunaan kad kreditnya disekat berikutan berlaku transaksi mencurigakan.



Namun, apa yang dikesali, pelakon berusia 40 itu berkata, jumlah transaksi yang diberikan berbeza menerusi tiga medium iaitu SMS, panggilan telefon dan aplikasi bank.
"Sebanyak empat transaksi dengan jumlah SGD300 (RM911.73) dilakukan dalam penggunaan di Fairprice, Singapura. Bagaimanapun, maklumat yang diperoleh menerusi SMS, bank dan aplikasi berbeza.
"Jadi saya terpaksa menghubungi pihak bank untuk mendapatkan kepastian. Kemudiannya, barulah dimaklumkan jumlah digunakan hampir RM4,000.
"Saya diberitahu pihak mengambil masa antara 30 hingga 45 hari untuk menyiasat mengenai perkara ini," katanya kepada BH Online.
Pelakon filem Istanbul Aku Datang dan CEO itu berkata, kebanyakan transaksi dilakukan atas talian dalam keadaan tempoh PKP ini, jadi pihak bank seharusnya memperkemaskan sistem talian bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit.
"Rakan saya juga berdepan dengan nasib yang sama. Dia terkena petang, saya pula malam. Kedua-duanya transaksi berlaku di lokasi yang sama," katanya.
Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman berkata, pihak bank seharusnya menekankan ciri keselamatan ketika satu dunia menuju ke arah sistem 'cashless'.
"Jika perkara ini tidak diperinci dan disiasat secara mendalam, pelanggan jadi takut dan hilang kepercayaan kepada sistem perbankan.
"Saya jarang menggunakan kad kredit. Saya guna apabila perlu atau ketika kecemasan. Kali terakhir menggunakan kad berkenaan tahun lalu," katanya.(Rujuk BH Jumaat, 1 Mei 2020 - 11:27PM)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya..
  • pihak bank memperkemaskan sistem talian bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa sindiket penipuan kad kredit.
  • pihak bank seharusnya menekankan ciri keselamatan ketika satu dunia menuju ke arah sistem 'cashless'.
  • Jika perkara ini tidak diperinci dan disiasat secara mendalam, pelanggan jadi takut dan hilang kepercayaan kepada sistem perbankan.
Soalnya sekarang apabila rakyat miskin teraniaya seperti kes-kes di atas, kepada siapa mereka hendak mengadu? Di mana tanggungjawab Pihak Berkuasa yang kononnya berkuasa?
Kerajaan baru di bawah PM ke 8 pun sama seperti kerajaan sebelumnya?
Selanjutnya sila lihat surat pengaduan, pandangan dan komen berikut... Klik di sini...

1 comment:

Unknown said...

Saya pernah terkena penipuan penggunaan kad kredit kira2 15 thn yg lalu. Ketika itu belum ada lagi sistem online dan PIN, semua pembelian barang perlu di"swipe" dan pemegang kad perlu menurunkan tandatangan pada kepingan kertas yg di"swipe" pada kad. Pembelian minyak di stesen minyak hanya perlu masukkan kad saja tanpa perlu masukkan PIN. Penyata pula dihantar secara pos saja. Selepas menerima penyata, saya telah membuat semakan dan mendapati terdapat beberapa urusniaga menggunakan kad saya telah dilakukan pada 24 dan 25/12 di shell dan kelab hiburan di Ipoh sedangkan semasa itu saya sedang bercuti di Terengganu. Saya telah membuat aduan di institusi kewangan terbabit dan juga membuat laporan polis. Alhamdulillah, caj yg dikenakan kepada saya sebanyak rm2000 telah dibatalkan. Setelah menyelidik tindakan saya sebelum kejadian, kali terakhir saya menggunakan kad adalah untuk membeli telefon bimbit di Carefour Seberang Jaya, Pulau Pinang, mereka "swipe" kad saya di tempat lain dan bkn di depan saya dgn alasan mesin "swipe" ada di pejabat mereka, mungkin pada ketika itulah kad saya telah diklon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails