Thursday, April 30, 2020

Esok Boleh Mulai Solat Tarawih Di Masjid Melaka, Tapi....

PEJABAT Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran melakukan solat tarawih di masjid. FOTO NSTP

KERAJAAN Negeri Melaka bersetuju memberi kebenaran menunaikan solat tarawih secara berjemaah namun hanya kepada pegawai masjid di seluruh masjid di negeri ini bermula esok.
Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali berkata, Pejabat Mufti dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju untuk memberi kelonggaran kebenaran berkenaan selepas perbincangan diadakan.
"Bagaimanapun, kelonggaran kebenaran itu hanya dikhususkan kepada empat pegawai masjid di mana mereka mesti mematuhi syarat-syarat tertentu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa berkaitan.



"Empat pegawai yang diberikan kebenaran itu membabitkan pengerusi masjid, imam, bilal dan siak. Syarat-syarat lain yang mesti dipatuhi adalah membabit solat tarawih lapan rakaat yang ringkas," katanya.
Menurutnya, kebenaran itu juga termasuk tidak menggunakan pembesar suara di luar masjid selain penjarakan sosial yang perlu dipatuhi.
Katanya, syarat berkenaan juga dibenarkan jika dalam kalangan mereka tidak terdapat simptom Covid-19 seperti mengalami batuk, sakit tekak, demam dan sesak nafas.
Sehubungan itu, borang kaji selidik peribadi akan dibekalkan kepada masjid-masjid di negeri ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri Melaka selepas berbincang dengan Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka bersetuju untuk memberi kebenaran operasi kepada Mahkamah Syariah di semua tiga daerah Negeri Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
Beliau berkata, kebenaran operasi itu hanya untuk dua hari seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat sehingga 12 Mei 2020.
'Kebenaran operasi itu akan dikuatkuasakan bermula 4 Mei 2020 yang hanya akan membabitkan kes-kes terdesak yang memerlukan tindakan segera daripada pihak mahkamah seperti tuntutan perceraian.
"Pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan kes-kes yang dikategorikan sebagai kes-kes terdesak untuk diambil tindakan segera,' katanya.
Masa operasi yang ditetapkan adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.
Pihak mahkamah juga mesti memastikan semua tatacara operasi mematuhi SOP yang ditetapkan KKM dan pihak berkuasa berkaitan. (IH)

1 comment:

Etuza said...

Rindu sangat nak ke Masjid..syukur sana dah di bolehkan ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails