Tuesday, April 28, 2020

New Zealand dakwa berjaya hentikan penularan jangkitan COVID-19

COVID-19: New Zealand dakwa berjaya hentikan penularan jangkitan
ARDERN: Penduduk New Zealand diminta untuk kekal mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak jangkitan. - REUTERS

WELLINGTON: New Zealand dakwa berjaya menghentikan penularan COVID-19 dalam kalangan komunitinya.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern juga yakin negara itu berjaya menghapuskan virus berkenaan.

Ini selepas New Zealand hanya mencatat angka jangkitan satu digit sejak beberapa hari lalu.

Pada Ahad, ia hanya merekodkan satu kes jangkitan.


Bagaimanapun, pakar kesihatan meminta kerajaan tidak mengambil mudah dengan perkembangan itu.

Perkembangan itu dicatat beberapa jam selepas Arden mengumum untuk melonggarkan sekatan sosial yang dilaksanakan.
Bermula Selasa, beberapa sektor perniagaan bukan kritikal akan bersambung operasi semula.

Namun penduduknya diminta untuk kekal mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelak jangkitan.

New Zealand sebelum ini merekodkan kurang daripada 1,500 kes positif COVID-19 dengan 19 kematian. (AA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails