Tuesday, April 28, 2020

Lebih 100 Keluarga Terima Lauk Berbuka Puasa Setiap Hari

KUALA NERUS, 26 April – Saat orang ramai menikmati juadah yang lazat ketika berbuka, tetapi masih ada insan yang tidak bernasib baik yang berbeza keadaan dan memerlukan sumbangan serta perhatian dari pihak tertentu.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, merangkap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menzahirkan rasa belas ehsan beliau kepada golongan tersebut.

Katanya, Pusat Khidmat akan mengagihkan sumbangan yang berbentuk lauk-pauk kepada lebih 100 keluarga setiap hari di seluruh kawasan.

“Pada Ramadan pertama, agihan adalah kepada 105 keluarga kurang berkemampuan dari tiga kampung iaitu Kampung Kubang Jela, Banggol Tuan Muda dan Paya Datu.

“Sumbangan lauk-pauk tersebut diagihkan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing mengikut kampung," ujarnya.

Dr Khairuddin  berkata demikian di dalam satu kenyataan di media sosial milik beliau, semalam.

Tambahnya, beliau berharap sumbangan seperti ini dapat menambah kenikmatan Ramadan dan memberi kegembiraan buat keluarga penerima. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah pemimpin-pemimpin parti Islam PAS menjaga kebajikan rakyat. Maka undiku untuk pemimpin PAS Kuala Nerus berfaedah untuk rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails