Monday, April 27, 2020

Amal Normal Baharu Demi Alam Sekitar. Mampukah?

Gambar fail, Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto BERNAMA
Gambar fail, Menteri Alam Sekitar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peluang menghirup udara segar mungkin berakhir sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disambung hingga 12 Mei depan ditamatkan.



Justeru, nikmati dan hargailah anugerah alam ini sementara masih ada kesempatan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dipetik berkata, pelaksanaan PKP di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID-19 juga memberi kesan baik kepada alam sekitar.
Menurutnya, berdasarkan analisis di beberapa lokasi termasuk Cheras di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan, Seremban, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, kualiti udara di tempat terbabit semakin baik sepanjang pelaksanaan PKP.
Kenyataan itu sememangnya melegakan, namun tidak mustahil kawasan yang dilaporkan mencatatkan kualiti udara yang baik akan tercemar seperti sebelum PKP dikuatkuasakan.
Orang ramai yang kembali sibuk dengan rutin harian termasuk memandu ke tempat kerja, kenderaan bertali arus di jalan raya, kilang mula beroperasi dan pembakaran terbuka, semua menyumbang kepada pelepasan gas termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang mencemari udara dan alam sekitar.
Ada sesetengah pihak berpendapat, penularan pandemik COVID-19 yang menyerang hampir semua negara dan menjangkiti lebih dua juta penduduk dengan kematian melebihi 160,000 orang adalah berpunca daripada kerakusan manusia yang ganas meratah alam semula jadi.
Mungkin ada kebenaran pendapat itu dan seharusnya membuka mata seluruh masyarakat dunia untuk lebih peka dan serius menjaga alam sekitar.
Hikmahnya, apabila hampir seluruh negara yang terjejas akibat COVID-19 mengambil langkah drastik melakukan penjarakan sosial, mengehadkan aktiviti dan pergerakan, ia memberi manfaat yang cukup bermakna kepada alam sekitar.
Dari wilayah Hubei di China dan negara Asia lain hingga benua Eropah, kadar pencemaran udara dilaporkan menurun secara mendadak. Alam yang sering menjadi mangsa kerakusan manusia, seolah-olah mendapat kehidupan baharu.
Di India, antara negara yang paling teruk mengalami pencemaran udara di dunia, dilaporkan turut menerima kesan positif. Tular di media sosial termasuk Facebook, buat pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Banjaran Himalaya dapat dilihat dari jarak 201 kilometer dari bandar terdekat Punjab, India.
Pemandangan indah ini jelas kelihatan selepas negara berdekatan banjaran itu melaksanakan perintah berkurung berikutan penularan pandemik COVID-19 sejak 24 Mac lalu.
Data baharu yang diambil melalui setelit oleh Royal Meteorological Institute yang memantau udara di Eropah, merekodkan perubahan penurunan pencemaran, terutama dengan penurunan gas nitrogen dioksida.
Antaranya, Paris (Perancis) yang menyaksikan penurunan nitrogen dioksida 54 peratus, manakala Madrid (Sepanyol), Milan dan Rom (Itali) mencatat penurunan hampir 50 peratus, yang jelas menunjukkan kesan positif perintah berkurung kepada alam sekitar.
BERNAMA turut mendapatkan pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shahrul Mohd Nadzir yang juga pakar dalam kajian kualiti udara mengenai kesan PKP terhadap pencemaran udara.
Beliau berkata, apa yang berlaku jelas menunjukkan sekiranya kita ingin terus mengekalkan udara bersih, langkah pengurangan pelepasan karbon terutama daripada industri dan asap kenderaan harus dilakukan secara serius selepas tempoh PKP.
Mengambil contoh analisis daripada sensor kualiti udara yang dimiliki Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi program SMART PJ, beliau menyatakan, penurunan pembebasan bahan pencemar sebanyak 50 hingga 60 peratus bagi karbon monoksida dan 20 hingga 30 peratus zarahan terampai di daerah Petaling Jaya.
"Kadar kepekatan bahan pencemar udara menurun dengan ketara sepanjang PKP ini. Sebelum ini, walaupun ada usaha mengurangkan pencemaran seperti langkah mewujudkan zon bebas kenderaan, kesannya mungkin tidak seperti PKP ini.
"Waktu PKP inilah kita dapat peluang untuk mengawal sepenuhnya pembebasan bahan cemar apabila kawalan penggunaan kenderaan dan penutupan industri dilakukan," kata Shahrul.
Bagi rakyat yang mempunyai penyakit berkaitan pernafasan disebabkan bahan pencemar, sudah pasti mereka berasa bersyukur dapat menikmati udara yang lebih berkualiti sepanjang PKP ini.
Beliau seterusnya menjelaskan, kerajaan sudah melakukan banyak usaha termasuk kempen kesedaran alam sekitar dan rakyat seharusnya lebih serius memainkan peranan dalam hal berkaitan.
Begitu juga dengan pihak industri yang perlu patuh kepada undang-undang serta peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan dalam pembebasan gas pencemar dan bukan mengaut keuntungan semata-mata.
"Kita perlu mengambil iktibar kes pencemaran seperti di Pasir Gudang dan jerebu pada tahun lalu yang memberi impak besar kepada negara. Sepatutnya udara bersih yang dinikmati ketika PKP ini perlu berterusan dengan ekosistem alam sekitar yang lebih baik," katanya.
Keadaan sama juga dibimbangi berlaku kepada sungai, yang jika tidak dikawal bebanan pencemaran terutama selepas PKP berakhir, akan menyebabkan pencemaran bertambah teruk.
Mungkin ramai yang menarik nafas lega apabila tular baru-baru ini keadaan air Sungai Klang yang dikatakan semakin jernih semenjak PKP dikuatkuasakan.
Perubahan air Sungai Klang terutama di sekitar ibu negara itu mungkin disebabkan sektor pembinaan menghentikan sementara aktiviti mereka berikutan langkah PKP ini.
Sedimen daripada kerja tanah semasa aktiviti pembinaan tidak masuk ke dalam sungai yang menjadi antara punca utama kekeruhan air sungai.
Bagaimanapun, jumlah pembuangan sisa klinikal di negara ini meningkat kepada 27 peratus pada Mac berbanding 17 peratus pada Februari berikutan penularan COVID-19.
Sisa klinikal itu meliputi sarung tangan, penutup mulut dan hidung serta pakaian dari pusat kesihatan dan klinik susulan wabak berkenaan. Tidak hairanlah sisa-sisa klinikal ini juga banyak ditemui di dalam sungai sepanjang tempoh PKP.
Peningkatan sampah jenis baharu itu dikesan ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan di Sungai Klang yang sepanjang 120 kilometer itu.
Bukan sahaja isu sampah yang menjadi bebanan, lebih membimbangkan terutama apabila tamatnya tempoh PKP nanti adalah bebanan pencemaran sungai di Malaysia akan terus meningkat.
Kebimbangan ini disuarakan oleh pakar kualiti air, Dr Zaki Zainuddin yang menyatakan kemungkinan keadaan itu berlaku amat tinggi.
Menurutnya, industri mungkin beroperasi pada kadar maksimum untuk menampung kerugian kerana tidak dibenarkan berbuat demikian sepanjang PKP.
Jika ini berlaku, beban pencemaran sungai akan bertambah tinggi dan dikhuatiri akan menyebabkan "kejutan" kepada sistem semula jadi atau alam sekitar. Keadaan ini bukan sahaja boleh berlaku di Malaysia malah di serata dunia.
Untuk itu, beliau mencadangkan kepada kerajaan agar industri ini dibenarkan beroperasi secara berperingkat-peringkat bagi mengurangkan kejutan dan impak yang mungkin berlaku.
Apa pun, wajarlah kita mengambil iktibar daripada kesan PKP ke atas alam sekitar sepanjang tempoh penguatkuasaannya.
Ayuh kita semua berganding bahu untuk sama-sama mengekalkan perubahan baik alam sekitar dengan mengamalkan norma baharu bagi menjaga ekosistem yang ada.
Kita boleh melakukannya! - BERNAMA


3 comments:

Anonymous said...

Kita umat Islam wajib menolong pelarian Rohingya Islam kerana mereka adalah saudara Islam kita yang sedang dirompak, ditindas, disiksa, dirogol, dibunuh oleh pengganas Buddha Myanmar dan rejim ultra rasis Myanmar.

https://peraktoday.com.my/2020/04/pemimpin-pas-pertahan-pelarian-rohingya-daripada-kecaman-rakyat/amp/

Anonymous said...

Setuju. Kita umat Islam utamakan umat islam berbanding pelancong cina yg datang bawa mudharat. Udahlah masuk kemudian tak keluar, bawa masalah pulak kepada negara. Mereka datang bawa bersama kejahatan sebagai scammer, pelacuran serta jenayah bersendiket termasuk mykad.

Kemudian ada pulak kaldai tunggangan dari pan dan pkr yg merosakkan perpaduan islam. Bilangan pelancong melebihi bilangan pelarian. Pelancong ini perlu dicari dan dihantar pulang. Patutlah Siang Kit, siang siang lagi dah sanggah ATM bertugas. Bimbang ketegasan ATM terhadap pelancong haram ini yg berada dlm lindungan dapig.

Anonymous said...

Pelarian Rohingya Islam wajib dibela dan ditolong oleh umat Islam berdasarkan ajaran Islam kerana mereka semua adalah saudara Islam kita. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu @ UN telah mengesahkan rejim ultra rasis Myanmar dan pengganas Buddha Myanmar sedang merompak, menindas, menyiksa, merogol dan membunuh kaum Rohingya yang merupakan bumiputera Islam yang berasal dari Arakan @ Rakhine.

Malangnya sebilangan netizen jahil murakkab dan buruk akhlak dan RBA laknatullah sibuk menyebarkan pelbagai fitnah untuk menghalalkan penindasan ke atas pelarian Rohingya Islam.

Dan pada masa yang sama netizen hipokrit dan RBA rasis ini berdiam diri seperti syaitan bisu tentang isu beratus ribu pendatang haram dari China Komunis yang menetap secara haram di negara Kita menggunakan MyKad palsu atau MyKad yang diragui statusnya.

Mungkin sebahagian dari 1.3 juta MyKad yang dilaporkan 'hilang' dll telah jatuh ke tangan pendatang haram dari negara China Komunis.

Bahkan pendatang haram dari China Komunis ini tidak boleh bercakap dalam Bahasa Melayu. Mengapa netizen bodoh berlapis dan RBA tidak buat heboh isu ini ??? Siapa melindungi mereka dalam negara ini menyebabkan mereka boleh hidup selesa di negara ini???

Sebenarnya pendatang haram dari China Komunis ini sangat berbahaya kepada keselamatan negara Kita kerana mereka melakukan jenayah di negara kita dan mereka boleh menghapuskan kuasa politik kaum Melayu sebagai rakyat majoriti dan pendatang haram ini adalah proksi rejim China Komunis yang bercita-cita mahu meluaskan empayar China Komunis dan pengaruh politik ketenteraan China Komunis di kawasan ASEAN dll.

Ini membuktikan mereka yang sibuk menfitnah dan memburuk-burukkan pelarian Islam Rohingya adalah kepala bapak rasis yang bersikap hipokrit @ double standard yang mempunyai agenda jahat untuk menghalau pelarian Rohingya keluar dari negara ini di waktu pendatang haram dari China Komunis dan India hidup selesa di negara Kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails