Monday, April 27, 2020

Air Naik,Seramai 33 Mangsa 10 Keluarga Kampung Sungai Kuning Dipindahkan.

Seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga di Kampung Sungai Kuning, Selama dipindahkan ke PPS selepas kediaman dinaiki air. - Ihsan Bomba
Seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga di Kampung Sungai Kuning, Selama dipindahkan ke PPS selepas kediaman dinaiki air. - Ihsan Bomba

SELAMA: Seramai 33 mangsa daripada 10 keluarga di Kampung Sungai Kuning, Rantau Panjang, di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kampung selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi satu meter.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, berkata PPS itu dibuka pihaknya jam 9 malam tadi, selepas mendapat arahan dari Penolong Pegawai Daerah Selama.

Katanya, pihak bomba kini sedang giat menjalankan kerja memindahkan penduduk kampung ke PPS terbabit.
"Sehingga kini seramai 33 mangsa dari 10 keluarga masing-masing iaitu 18 lelaki dan 15 perempuan, dipindahkan ke PPS kampung itu.
"Paras kedalaman air sungai di kediaman penduduk dianggarkan setinggi satu meter.
"Kami akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails