Monday, April 27, 2020

M/Salah, Penyerang Liverpool Sambut Ramadan Di London

Cara Salah Sambut Ramadan
LONDON: Mohamed Salah, Mesut Ozil dan Antonio Rudiger akan meraikan Ramadan tahun ini tidak seperti kebiasaan selepas pelbagai sekatan dikenakan susulan COVID-19.

Dengan Ramadan akan bermula pada 23 April dan berakhir pada 23 Mei, ibadah puasa tetap dijalankan meskipun perintah berkurung dikenakan.


Bagaimanapun, tradisi tetap dijalankan di seluruh dunia untuk memulakan bulan puasa dan beberapa nama besar dalam bola sepak turut berkongsi persiapan mereka menjalani ibadah puasa di laman media sosial.

Agensi melaporkan Salah antara Muslim yang akan menjalani ibadah puasa di rumahnya dan bintang Mesir itu berkongsi beberapa gambar di Instagram yang menunjukkan dia sudah bersedia menghadapi bulan mulia itu.
Salah makin kejam' | Bola | Berita Harian
Penyerang Liverpool itu dilihat menggantung hiasan di dalam rumahnya sebagai simbolik kepada sambutan Ramadan dan mengalu- alukan kedatangan bulan itu.
Pemain bola sepak lain seperti Mesut Ozil, Antonio Rudiger dan Xherdan Shaqiri turut mengikut jejak langkah Salah yang meraikan sambutan bulan Ramadan di rumah masing- masing. Pada Ramadan, Muslim perlu menahan lapar dan dahaga hampir separuh hari bermula dari waktu subuh sehinggalah matahari terbenam.
Namun sambutan tahun ini agak berbeza apabila beberapa tradisi seperti sembahyang berjemaah dan berbuka puasa secara beramai-ramai tidak dapat dilangsungkan kerana COVID-19.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails