Saturday, May 02, 2020

Wan Azizah (PH), Mana RM200Juta Derma Qatar Untuk Rohingya?


Wan Azizah Kena Jawab Mana Perginya RM200 Juta Derma Qatar Untuk Pelarian Rohingya!!!

Terbongkar, malah diakui sendiri oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, DS Wan Azizah Wan Ismail bahawa Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan sudah menerima derma USD 50 juta atau lebih RM200 juta dari Kerajaan Qatar untuk membantu Malaysia menguruskan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

Persoalannya sekarang, ke mana Pakatan Harapan belanjakan duit sebanyak itu ketika menjadi kerajaan selama 22 bukan dahulu?

Siapa yang menguruskan dana RM200 juta itu?

Benar, derma dari Kerajaan Qatar itu bukanlah duit rakyat Malaysia, tetapi ia bersangkutan dengan maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia di mata dunia.

Terjawab sudah, mengapa Pakatan Harapan sekarang ini beriya-iya mahu menonjolkan diri sebagai hero hak asasi manusia yang kononnya tidak boleh menerima tindakan kerajaan sekarang mengarahkan bot pelarian Rohingya supaya berpatah balik dari memasuki perairan Malaysia (BACA DI SINI).

Sifat kemanusiaan apa yang mahu dibicarakan oleh Pakatan Harapan bila duit derma RM200 juta dari Qatar untuk kelangsungan kehidupan pelarian Rohingya lesap begitu sahaja?

Pakatan Harapan umpama seekor ayam jantan yang kokok berdegar-degar tetapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!!!

Tidak hairanlah bila Pakatan Harapan cuba menutup isu ketirisan duit derma RM200 juta dengan mengada-adakan cerita kononnya, masaalh pelarian Rohingya yang dihadapi oleh rakyat dan negara adalah kerana dasar Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan yang membuka pintu seluas-luasnya kepada pelarian Rohingya.

Apakah semua ini dilakukan oleh Pakatan Harapan kerana mahu menutup cerita derma RM200 juta dari Kerajaan Qatar?

Yang mengusahakan derma tersebut adalah Barisan Nasional sewaktu menjadi kerajaan dahulu.

Tetapi yang menikmati duit derma tersebut ialah Pakatan Harapan sewaktu menjadi kerajaan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Presiden UMNO yang menjadi Timbalan Perdana Menteri di era pemerintahan Barisan Nasional.

Sekarang sudah jelas lagi bersuluh, demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia, Pakatan Harapan terutamanya Wan Azizah, WAJIB menjelaskan secara terperinci ke mana duit itu digunakan dan siapa yang menguruskannya.

Kita tidak mahu dunia melihat rakyat dan negara Malaysia sebagai rakyat dan negara yang tidak amanah.

Kalau Wan Azizah serta Pakatan Harapan gagal memberi penjelasan, RCI mesti ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini demi maruah dan kredibiliti rakyat dan negara Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya agihan dan penggunaan wang derma untuk pelarian Rohingya dibentangkan di parlimen supaya ia telus dan sampai kepada penerima (pelarian Rohingya). Kita bimbang Wang tersebut disalah-gunakan oleh pihak lain. Mana laporan auditnya ???

Anonymous said...

PENJELASAN MANTAN TPM TENTANG DANA ROHINGYA AS$50 JUTA SUMBANGAN QATAR
Shahbudin Husin29 April 2020Politik Semasa152 Comments
A A A
1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

Anonymous said...

Masalahnya maklumat dari ph sukar dipercayai. Banyak berbohong dan banyak kencing. Buat pinjaman tapi duit nya ke mana. Kata negara tiada dana, tapi dananya banyak. Menteri duitnya banyak sangat berbohong.

Anonymous said...

Soalan:

Mengapa penerimaan dan perbelanjaan Wang derma RM200 juta untuk pelarian Rohingya tidak dibentangkan dalam parlimen supaya rakyat dan ahli parlimen tahu semasa PH berkuasa ? Mana laporan audit tentang Wang derma tersebut ? Kita bimbang kemungkinan berlaku salah guna atau penyelewengan Wang derma tersebut.

APA sudah berlaku kepada tabung PH sendiri ???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails