Friday, May 01, 2020

20 Sindiket Seludup Migran, Polis Johor Kenal Pasti..

Dalang seludup migran Bangladesh didakwa | Harian Metro
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan pihaknya telah mengenalpasti kira-kira 20 sindiket penyeludupan migran termasuk beberapa pegawai agensi penguat kuasa yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah itu ke negara ini.

Dalam satu pengumumannya semalam, Ayob Khan berkata, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira latar belakang dan kedudukan mereka yang menjadikan Johor sebagai transit.

Katanya lagi, dalang yang dikenal pasti kurang daripada 10 orang, malah mereka ini ada kedudukan dan bersekongkol.
“Bukan terdiri daripada masyarakat awam sahaja tetapi juga di kalangan pegawai agensi penguat kuasa.
“Jangan terkejut kalau ada tangkapan dibuat, kita tidak akan bertolak ansur,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Kata beliau lagi, polis juga kini memberi tumpuan kepada usaha menangkap tekong yang memainkan peranan dalam menjalankan kegiatan jenayah penyeludupan migran ini.
Sebelum ini kata beliau kebanyakan tangkapan melibatkan migran, tetapi kini kita memberi tumpuan kepada memburu tekong.
Polis turut memaklumkan penahanan seramai 20 tekong dan 24 migran menerusi sembilan serbuan yang dijalankan antara 22 April hingga 27 April lalu menerusi Op-Pintas Bersepadu Selatan.
Katanya lagi, tekong yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta sembilan lelaki dan seorang perempuan warga Indonesia berusia antara 20 hingga 57 tahun.
“Migran yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan tiga perempuan warga Indonesia berusia antara 19 hingga 31 tahun,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 8 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 serta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Pihaknya yakin langkah ini akan dapat menyekat kemasukan migran ke negara ini, lebih-lebih lagi sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) ditamatkan kerajaan.
Polis juga memberi amaran kepada orang ramai khususnya pemilik kediaman dan pemandu teksi untuk tidak bersekongkol dengan menyediakan penginapan dan pengangkutan kepada sindiket terbabit.- HARAKAHDAILY 1/5/2020

2 comments:

Anonymous said...


PATI INDON DEDAHKAN SELAGI PINTU MASUK NEGARA MALAYSIA BOLEH DIBAYAR , BUATLAH BERJUTA SERBUAN PUN PATI PASTI LEPAS MASUK SAMPAI KIAMAT - MEMALUKAN
BENAR, OMONG KOSONG

Anonymous said...

Kalau tiada pihak berkuasa, keluar masuk pasti berleluasa. Kerjasama semua pihak diperlukan. Termasuk parti yg sebangsa dengan pelancong haram dari negara cina dan parti kaldai yg berkerjasama dengannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails