Sunday, April 26, 2020

Tarawih Pertama Di Banda Aceh, Masjid Penuh.

Jemaah memadati Mesjid Raya Baiturrahman Banda Aceh untuk melaksanakan ibadah salat tarawih. Ulama di Aceh mengeluarkan tausiyah yang memperbolehkan warga melaksanakan ibadah tarawih berjamaah, dengan syarat mengikuti protokol kesehatan seperti menggunakan masker dan membawa sajadah sendiri.
Jemaah memenuhi Mesjid Raya Baiturrahman Banda Aceh untuk melaksanakan ibadah salat tarawih. 

BANDA ACEH: Malam pertama pelaksanaan ibadah sholat tarawih berlangsung seperti biasa di sejumlah masjid di Kota Banda Aceh, Provinsi Aceh, Khamis (23/4/2020). Masjid ramai oleh jemaah yang melaksanakan sholat tarawih. 

Meski demikian, di sejumlah masjid, penceramah tidak berbicara terlalu lama, agar jemaah tidak perlu berlama-lama di tengah keramaian. 

Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh mengeluarkan tausiyah yang memperbolehkan warga di Aceh melaksanakan ibadah sholat tarawih berjemaah di masjid. 

Namun, para jemaah diingatkan untuk mengikuti aturan protokol kesehatan seperti menggunakan masker dan membawa sajadah masing-masing. Wakil Ketua MPU Aceh Faisal Ali mengatakan, kebijaksanaan untuk membolehkan sholat berjemaah ini setelah pihaknya mendengar dari MPU kabupaten/kota. 

Selain itu juga melihat perkembangan terkini seputar virus corona atau Covid-19 di Aceh. Faisal Ali menjelaskan, sholat tarawih berjemaah di masjid atau mushala hanya dibolehkan bagi daerah tertentu saja. 

"Untuk masyarakat yang bertempat tinggal di kawasan yang penularan wabah penyakit Covid-19 masih terkendali, maka ibadah shalat fardhu, tarawih, witir, dan shalat Hari Raya Idul Fitri dapat dilaksanakan di masjid dan meunasah dengan membatasi waktu pelaksanaannya," ujar Faisal Ali. 

Sementara itu, bagi daerah yang berstatus zona merah virus corona, para jemaah diminta agar tidak mengikuti aktiviti ibadah yang melibatkan orang ramai. MPU juga mengingatkan untuk tidak menyelenggarakan buka puasa bersama dan sahur on the road.  (IH)

Ibnu Hasyim (kiri) di Aceh beberapa tahun lalu..

14 comments:

Anonymous said...

Tok Din kata................
“Saya tak ada dalam kenyataan sebelum ni, hatta sekarang ni, nak mengulas soal-soal berkaitan politik.
“Nanti orang kata soal Covid-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia, ni rakyat tak minat. Saya faham tentang itu,” kata Muhyiddin lagi.

Alamak…apakah Muhyiddin sendiri sudah lupa kedudukan dirinya sebagai orang politik?

Dan siapa yang Muhyiddin tujukan kata-katanya ini?

Sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi dengan memperolehi kuasa melalui tebuk atap, Muhyiddin sebenarnya tidak boleh memisahkan dirinya daripada aspek politik.

Beliau adalah orang politik, ada jawatan politik, duduk sebagai Perdana Menteri atas kapasiti politik, menteri-menterinya orang politik dan rakan-rakannya juga ramai orang politik, maka mana mungkin untuk mengenepikan faktor atau cerita politik dalam lingkungan kehidupan atau kerja sehariannya.

Muhyiddin tidak harus jadi orang kampung yang apabila sudah berjaya di bandar, tetapi tidak mahu lagi balik ke kampung yang merupakan tempat asal kelahirannya.
Kerja pentadbiran, membantu rakyat dan kerja politik haruslah berjalan seiring.

Jika tidak, mengapa semasa Covid-19 tengah melanda, beliau memecat Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya dan melantik Hamzah Zainuddin sebagai penggantinya?
Bukankah itu hal politik?

Mengapa tidak ditangguhkan buat sementara terlebih dahulu perlantikan itu?

Begitu juga dengan lantikan pengerusi-pengerusi GLC untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidakkah ianya merupakan lantikan politik?

Mengapa tidak ditangguhkan sehingga berakhir pandemik Covid-19 ini?

Anonymous said...

Apakah kenyataan, desakan dan tuntutan politik daripada UMNO itu mula merimaskan Muhyiddin, lalu beliau menyindir rakan gabungannya itu dengan mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik?

Anonymous said...



Semalam, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan mengesahkan parti itu tidak akan bersama PN dan Bersatu untuk menghadapi PRU akan datang

fuhhh...........dan dan trus libas wei..........

selamat JAHANAM kerajaan LOBANGGGGGGGGGGG............*t*p

Anonymous said...

Tetapi bagi pemain politik dan mereka yang arif dengan seni politik tidak mudah untuk menerima dan menelan bagaikan menelan biji rambutan telan kenyataan Muhyiddin itu. Hanya jauhari sahaja mengenali maknikam. Bagi saya, kenyataan Muhyiddin itu tidak jujur dan sekligus menggambarkan dia sebagai seorang ahli politik "kerit ekor" (gigit ekor) atau yang sanggup menikam kawan dari belakang. Cara Muhyidin berpolitik persis musang, yang pura-pura bodoh dan dungu di siang hari tetapi tangkas di malam hari.

Beliau berlagak baik dihadapan, tidak banyak bersuara, tetapi apabila menjelang malam beliau akan bertindak menunjukkan taring dan nafsunya. Apa yang terjadi kepada bosnya Dr Mahathir Mohamad membuktikan Muhyiddin mengamalkan politik musang.

Anonymous said...

Musang akan tidur sepanjang hari siang, kalau pun ayam dan unggas lalu dihadapannya tidak dipedulikan kerana matanya tidak sharp untuk memerhati dan mengenali musuh. Gelagat itulah menyebabkan ayam dan unggas tertipu. Tetapi bila menjelang malam matanya shrarp dan terang situasi itu memudahkan ia melakukan serangan dari belakang. Waktu malam juga energinya bertambah. Begitulah Muhyiddin.

Musang juga pandai menjadikan dirinya sebagai ayam dan boleh menukar bulunya menjadi bulu ayam untuk mengeliru dan berada dalam satu reban kemudian membaham ayam.

Apa yang beliau lakukan saat hendak mengkhianati Mahathir kemudian menjatuhkan kerajaan PH tidak siapa menduganya. Beliau dilihat naif dan selamba sahaja. Rupa-rupa secara diam-diam beliau berpakat dengan sekutunya mengumpul energi untuk bertindak.

Anonymous said...

Berbalik kepada kenyataan Muhyiddin tadi, mengenai rakyat sudah muak dengan politik dan beliau enggan melayani kerenah politik, ada satu lagi sikap politik oportunis dimiliki Muhyiddin dalam bingkai politiknya.

Selain musang beliau juga bagaikan "lebai kelarah" yang menunjukkan warak di atas surau dan masjid tetapi mencuri pisang orang sepulangan dari masjid dan surau. Itulah sifat dan sikap Muhyiddin.

Betulkah beliau tidak berpolitik atau melakukan aksi politik sebaik mengangkat sumpah sebagai PM?

Anonymous said...

Mungkin betul kalau dilihat kepada aksinya yang tidak naik pentas bercakap fasal politik. Jika kita menilainya daripada tindakan zahiriah, ia dia nampak mendiamkan diri tidak banyak mengulas fasal politik. Tetapi harus disedari berpolitik bukan secara berpidato di pentas sahaja. Ia boleh dilakukan dan berlaku dengan berbagai cara yang penuh teknik dan strategi.

Berpolitik bukan sahaja membuat siaran akhbar atau live streamyx mengenai politik. Tetapi masih ada banyak lagi cara untuk mengerakkan politik demi menjaga keselamatan diri sendiri. Ahli politik mesti tahu keadaan itu tetapi tidak kepada orang-orang bawahan seperti Mak Cik Kiah.

Anonymous said...

Itu pemberian imbuhan jawatan kepada ahli parlimen dengan melantikan mereka menjadi duta khas, menjadi pengerusi GLC, yang dibuat dari kalangan ahli parlimen penyokong kerajaan, apakah itu bukan berpolitik? Apakah tindakan itu benar-benar berdasarkan professionalisme seseorang dilantik?

Kalau betul beliau ikhlas dan melupai soal politik kenapa harus dilantik MP dengan berbagai jawatan. Hampir kesemua MP menyokongnya diberi jawatan, daripada menteri, timbalan menteri kepada pengerusi syarikat GLC atau pun badan-badan berkanun. Mana-mana penjawatan yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini diberhentikan segera demi diberikan jawatan itu kepada ahli parlimen menyokongnya. Apakah itu bukan tindakan politik?

Anonymous said...

Pelantikan itu jelas bertujuan untuk memastikan mereka kekal menyokong beliau agar tidak kecundang dalam sidang parlimen sekiranya diadakan undi tidak percaya. Dan apakah itu bukan soal politik? Iya Muhyiddin tidak bercakap politik kerana rakyat muak, tetapi dia melakukan aksi politik yang lebih memuakkan rakyat. Bahkan pemuafakatan beliau dengan serpihan PKR, GPS, UBN dan Pas, adalah langkah dan tindakan politik pertama beliau.

Anonymous said...

Tahniah Anwar pun dah matang menjawab isu Rohingya dan isu lain dlm FB setiap persoalan dijawab dengan nada biashe biashe...Cuma lepas ni kena tanya Bang Non mengenai PATI China yang tidak keluar dari Malaysia apa Bang Non jawab di FB nanti..!?

Bang Non jawab Bukan retorik bodoh lagi...

Makin tenggelam atok kitee.!!

dan ....

Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengesahkan khidmatnya bagi membantu orang tidak berkemampuan tidak lagi akan dilakukan secara langsung.

Ebit Lew berkata, pendirian itu diambil selepas dipanggil ke Bukit Aman hari ini, bagi memberi keterangan berhubung laporan beberapa pihak yang mempertikaikan khidmat bantuannya yang tular di media sosial. Persoalan kenapa bila kecoh kat Kedah tetiba pulis bertindak... sebelom ni ok jerr

macam ada yg tak kena dan ada yang panas bontot yerr...!!!?

Kalah kan terus budak tu dalam pemilihan parti nanti, sebelum kejadian di Kedah tak ade pun kecoh kepoh ada amik gambar video suma orang ok ajer...

bila kat berlaku kat Kedah macam macam kau orang kutuk fithan hukum siap bawak hadis lagi....

Yang dia orang panas bontot kenapa..

Kalah lan budak dan kunco kunco dalam pemilihan parti budak tu.. maka hapuslah legasi tak guna ini

saya ulanggg..!!!

Anonymous said...

10 k0men di atas berjela-jela.
Tentu dari orang yang sama. Takde bende..
admin, bakul sampah saja.
buang masa orang lain baca.
Takde idea jangan tulis le..

Anonymous said...

admin mme kang hajo, maklon loh anok tong sampoh

mme ggitu............

Anonymous said...

Persepsi jer pun. Tambah bila bang non, cakap lain, buat lain. Yg lain pun pak turut. Cakap lain buat lain. Bang non yg start gaya lompat parti. Bang non juga yg juang kronisma. Ilmu yg salah dan sesat dengan dasar liberal.

Anonymous said...

Murid2 bang non sama level jer bahasanya. Dulu bang non panggil atok barua. Kasar bahasa tu. Sekarang murid bang non pun guna gaya bahasa yg sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails