Thursday, October 17, 2019

Pertelingkahan Mengenai Sekularisme &Pakai Tudung Di Perancis.


Seorang anggota parti National Rally (RN) pimpinan Marine Le Pen, Julien Odoul, mencetuskan kemarahan meluas apabila beliau menyiarkan video di Twitter dirinya menegur seorang wanita yang menemani anaknya ke Parlimen serantau di Bourgogne-Franche-Comte di timur Perancis, Jumaat lalu. -Foto Hiasan
Pakai hijab ketika lawatan sekolah cetus perbalahan sekularisme di Perancis


PARIS: Satu pertelingkahan baharu berhubung sekularisme dan pemakaian tudung kepala dalam bangunan awam meletus di Perancis selepas seorang ahli politik haluan kanan bertanyakan seorang wanita yang menemani anak lelakinya ketika lawatan sekolah supaya menanggalkan selendangnya.
Isu itu memecahbelahkan ahli politik dan rakyat di sebuah negara yang sering bergelut mencari keseimbangan antara hak kebebasan beragama individu dan sekularisme dijamin perlembagaan dalam sektor awam termasuk sekolah.
Seorang anggota parti National Rally (RN) pimpinan Marine Le Pen, Julien Odoul, mencetuskan kemarahan meluas apabila beliau menyiarkan video di Twitter dirinya menegur seorang wanita yang menemani anaknya ke Parlimen serantau di Bourgogne-Franche-Comte di timur Perancis, Jumaat lalu.
Memetik ‘prinsip sekular’ susulan pembunuhan empat anggota polis bulan ini oleh kakitangan mualaf radikal, beliau memaksa wanita itu, yang mana anak lelakinya berada dalam kumpulan terbabit, menanggalkan tudungnya.
Anggota RN kemudian keluar dari dewan sebelum mengeluarkan kenyataan media mengutuk ‘satu provokasi Islam.’
Namun ramai, termasuk Speaker Parlimen Serantau Marie-Guite Dufay, mengkritik tindakan Odoul, mengatakan tiada undang-undang Perancis atau Parlimen menghalang orang awam memakai tudung.
Dufay mengecamnya sebagai ‘kebanjiran kebencian’ dan apa yang disifatkan beliau sebagai ‘tindakan tidak bermaruah’ di pihak pembuat dasar.
Dengan RN memainkan isu itu, kontroversi mendedahkan perpecahan dalam parti pemerintah haluan tengah pimpinan Presiden Emmanuel Macron.
Malah Menteri Pendidikan Perancis Jean-Michel Blanquer gagal menyebelahi sesiapa, menegaskan Ahad lalu bahawa ‘undang-undang tidak melarang wanita memakai tudung menemani kanak-kanak,’ sambil mengatakan ‘pemakaian selendang itu sendiri tidak dikehendaki dalam masyarakat’ kerana ‘apa yang ditunjukkan mengenai status wanita dan nilainya.’
Perdana Menteri Edouard Philippe memberitahu Parlimen, beliau membantah sebarang undang-undang baharu yang menyasar apa yang seharusnya dipakai ketika lawatan sekolah.
Kontroversi itu adalah isu terbaharu di Perancis berhubung pemakaian burka yang dianggap ramai tidak wajar di negara sekular sementara yang lain mempertikaikan, pakaian itu membolehkan wanita Islam aktif mengambil bahagian dalam masyarakat.
Pada 2004, kerajaan melarang pemakaian simbol berunsur agama di sekolah awam seperti hijab, dari bilik darjah sehingga pejabat kerajaan.
Juga tahun ini, peruncit sukan Perancis, Decathlon berikutan tekanan umum, terpaksa membatalkan rancangan menjual pakaian sukan muslimah di negara itu. -AFP


Lihat Sebelum Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails