Monday, October 14, 2019

Polis Jamin Tiada Pemimpin DAP LTTE Ditahan Lepas Ini?

Imej yang berkaitan
"Sebab DAP kita perlu henti siasatan?" - Ayob Khan nafi kenyataan Lim Guan Eng.

KL: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berkaitan siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan kita. Adakah ini sebab parti DAP kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Ahad.

Malah, beliau juga tidak pasti daripada mana Guan Eng mendapat maklumat itu sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak pasti bagaimana input yang beliau dapat iaitu yang mengatakan polis tidak akan menjalankan siasatan dan tangkapan. Itu saya tidak pasti.

"Namun, yang pastinya bukan daripada saya. Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan kita akan memberhentikan siasatan. Tidak. Mungkin ada pihak lain saya tidak pasti," ujar beliau.

Beliau menegaskan tangkapan suspek terlibat tidak kena-mengena dengan mana-mana parti politik.

"Tangkapan ini tiada kaitan dengan DAP, Pas, UMNO,PKR atau mana-mana parti pun. Tangkapan dibuat kerana mereka disyaki terlibat dalam aktiviti menyokong dan mempromosi keganasan. Tidak kiralah parti mana.
"Polis tidak pernah ada sedikit pun ada bias (pilih kasih). Mana-mana terlibat, cukup bukti pasti akan ditangkap.Saya tak kira siapa pun," tegas Ayob lagi.

Mengenai dakwaan Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran bahawa tangkapan suspek LTTE ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai 16 November depan, Ayob menjelaskan, itu pendapat peribadi Naib Pengerusi DAP itu.

"Itu pandangan peribadi YB Kula. Jangan tanya banyak isu politik. Saya pegawi polis, agensi penguatkuasa. Soalan politik ini elok ditujukan kepada orang politik. Nanti kalau saya jawab, rentaknya akan jadi lain. Nak kaitkan dengan Tanjung Piai ke apa ke, itu hak dia. Saya tak mahu komen apa-apa," tambah beliau.

Setakat Ahad, 12 suspek termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka  yang disyaki terlibat dengan perjuangan kumpulan LTTE.(AA)




Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails