HALAMAN HIBURAN
[VIDEO] Terjatuh 3 Kali Ketika Catwalk, Aksi Gadis Ini Curi Tumpuan
Tidak semua orang mempunyai keberanian untuk membuat catwalk di atas pentas yang besar dan ditonton oleh ramai orang. Sebelum ini sudah banyak dilihat beberapa model dari luar negara terjatuh ketika membuat catwalk kerana mereka sendiri tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku di atas pentas peragaan ketika itu.
Terbaru, nasib yang sama menimpa seorang peserta program realiti di Malaysia apabila aksinya yang membuat catwalk tidak berjalan lancar dengan dirinya terjatuh bukan sahaja sekali, malah untuk beberapa kali.
Tersungkur tiga kali
She was still smiling after the fall, i wouldve cried. She should be crowned for her bravery #dewiremaja #majalahremaja
Video yang kini tular di laman media sosial itu menyaksikan gadis tersebut sedangmembuat catwalk ketika sesi perkenalan sebuah program realiti tv.
Malang tidak berbau, ketika sedang memperkenalkan dirinya sambil berjalan di atas pentas itu, dia dilihat terjatuh untuk tiga kali berturut-turut sehingga membuatkan beberapa jemputan yang berada di situ bangun untuk membantunya.
Namun apa yang membanggakan, gadis tersebut kelihatan begitu tenang malah masih mengekalkan senyuman meskipun insiden itu berlaku pada saat yang sangat penting dalam hidupnya.
Terima pujian netizen
Aksi tenang peserta itu bagaimanapun telah menyentuh hati netizen yang rata-ratanya memuji sikap yang ditonjolkan gadis tersebut.
Malah, netizen juga turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpanya sambil sempat memberikan pandangan tentang punca gadis itu boleh tersungkur sebegitu rupa.
Sumber: Twitter LeenaJohan
(Diangkat dari OHBULAN!)
Lihat Sebelum Ini..
No comments:
Post a Comment