Monday, October 14, 2019

Di Sebalik Angka Besar #MalaysiaKerja

Hasil carian imej untuk Di sebalik angka besar #MalaysiaKerja


INISIATIF #MalaysiaKerja yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada golongan belia dan wanita, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah.
Secara ringkasnya, inisiatif @MalaysiaKerja dibahagikan kepada empat program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan, iaitu:
  1. Insentif #GraduanKerja kepada graduan yang menganggur melebihi 12 bulan, dengan insentif gaji sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima, dan RM300 kepada majikan selama dua tahun;
  2. Insentif #WanitaKerja bertujuan menggalakkan wanita yang telah berhenti bekerja lebih setahun, dengan insentif gaji sebanyak RM500 sebulan, dan RM300 kepada majikan selama dua tahun;
  3. Insentif #WatanKerja melibatkan tambahan RM350 atau RM500 sebulan kepada warganegara yang menggantikan pekerja asing mengikut sektor, dan RM250 kepada majikan selama dua tahun;
  4. Insentif #PerantisKerja dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar dalam kursus TVET, bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET

Menurut Menteri Kewangan, kerajaan menjangkakan program #MalaysiaKerja akan mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun, dengan peruntukan RM6.5 bilion.
Semua program #MalaysiaKerja ini akan disediakan oleh Kerajaan dan diuruskan oleh KWSP, di mana insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program #PerantisKerja.
Melihat kepada perincian program #MalaysiaKerja yang diumumkan ini, timbul beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh pihak Kerajaan:
  1. Mengapa imbuhan kepada pekerja dikreditkan ke dalam akaun KWSP? Apakah tempoh masa yang diambil untuk imbuhan tersebut disalurkan kepada pekerja untuk dibelanjakan?
  2. Program #MalaysiaKerja akan mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun. Adakah ini bermakna kerajaan telah gagal mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan dalam Manifesto Pakatan Harapan, kurang 650,000 daripada yang dijanjikan?
  3. Mengapa kerajaan memilih pendekatan memberikan imbuhan RM500 sebulan untuk menangani masalah pengangguran graduan, sedangkan isu ini berpunca daripada masalah ketidakpadanan industri (jobmismatch), kebolehpekerjaan yang lemah (employability), dan taraf pekerjaan yang rendah (underemployment)?
  4. Mengapa Belanjawan 2020 tidak menyebut langsung perkataan PTPTN, yang merupakan janji utama kepada anak muda dalam Manifesto Pakatan Harapan?

Sebagai alternatif, peruntukan RM6 bilion ini boleh disalurkan kepada tiga program yang lebih efektif bagi menangani masalah pengangguran graduan, antaranya:
  1. Menghidupkan kembali program MyBrain untuk menggalakkan graduan menyambung pelajaran di peringkat Master dan PhD, dengan peruntukan RM2 bilion;
  2. Menyambung kembali program latihan dalam pekerjaan seperti SL1M untuk meningkatkan tahap kebolehpekerjaan (employability) di kalangan graduan yang menganggur, dengan peruntukan RM2 bilion; dan
  3. Menyediakan dana modal permulaan (seed capital) untuk menggalakkan anak muda #KerjaSendiri dan #CiptaKerja dalam bidang industri kreatif dan ekonomi digital yang berpotensi untuk berkembang pesat, dengan peruntukan RM2 bilion.

Mohon jawapan YB Menteri Belia dan Sukan. Terima kasih. –HARAKAHDAILY 14/10/2019

Lihat sebelum ini..E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails