Sunday, October 13, 2019

MB S'gor Didakwa Tukar Kem, Dalam Kemelut Senyum, Anwar/Dr M?

Hasil carian imej untuk MB Selangor Didakwa Tukar Kem, Kini Memihak Kepada Anwar
MB Selangor Didakwa Tukar Kem, Kini Memihak Kepada Anwar
KUALA LUMPUR – Setelah satu pertemuan dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu, Amiruddin didakwa telah beralih arah memihak kepada Anwar.

Menerusi satu status di Facebook Abai (Anything But Anwar Ibrahim), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu kini didakwa mula menyerang kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Selepas bertemu mesra dengan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor (Amirudin Shari) mula jalankan tugas serang kerajaan dan Kabinet Dr. Mahathir Mohamad,” tulis Facebook itu.

Sebagai bukti, status itu turut memuatnaik laporan Malaysiakini bertajuk ‘Perkauman timbul kerana rakyat hilang percaya pada k’jaan’, semalam.


Dalam laporan itu, Amirudin berkata, isu perkauman yang semakin hangat contohnya di Malaysia adalah disebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

Jelasnya lagi, isu yang dimainkan hanyalah menjadi “satu pelantar” kepada hilangnya kepercayaan dalam kalangan rakyat.


Malah dakwa beliau lagi, perkara itu melahirkan suasana “gusar dan gundah gulana” dalam kalangan masyarakat.

“Saya percaya, soal kehilangan kepercayaan inilah yang melatari. Dan dari mana datangnya motivasi itu? Sudah pasti dalam pelbagai perkara dan bentuk yang kita tak jangkakan. (STV)

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails