Antara yang tersohor adalah Syeikh Daud Al-Fatani, Tok Kenali, Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi, Syeikh Abdul Kadir Mandili, Syeikh Mohmmad Sail Al-Linggi dan Syeikh Arshad Al-Banjari.
Hasil carian imej untuk Syeikh Daud Abdullah Fathani
Syeikh Daud Abdullah Fathani
Hasil carian imej untuk Tok Kenali, Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi,
Tok Kenali
Hasil carian imej untuk Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi,
Hasil carian imej untuk Syeikh Abdul Kadir Mandili, Syeikh Abdul Kadir Mandili
Hasil carian imej untuk Syeikh Mohmmad Sail Al-Linggi
Hasil carian imej untuk Syeikh Arshad Al-Banjari.
Jelas Saifudin, sebahagian daripada ulama berkenaan menjadi rujukan kepada umat Islam di seluruh dunia melalui penghasilan kitab-kitab yang masyhur misalnya kitab Minyatul Musolli tulisan Syeikh Daud Al-Fatani.
“Mereka datang dari Nusantara untuk mempelajari ilmu agama daripada ulama-ulama yang masyhur di kota Mekah sehingga mereka juga menjadi masyhur.
“Bahkan ada menjadi ulama terkenal dan mendapat tempat (mengajar agama) di Masjidilharam seperti Syeikh Mohammad Abdul Qadir Al-Mandili yang meninggal dunia kira-kira lima tahun lalu,’’ katanya.
Sementara itu, selepas kira-kira sejam perbualan kami, pekerja hotel iaitu Hassan Ismail Abdul Latif, 26, yang sebelum itu diarahkan oleh Saifudin untuk membawa saya dan dua lagi rakan ke Ajyad Sud sudah sedia di lobi hotel.
Teksi yang membawa kami pada lewat petang itu memecut laju mendaki laluan berselekoh tajam menuju ke perkampungan yang didiami oleh kira-kira 5,000 orang Melayu.
Dari lereng Bukit Khandamah itu, kami disajikan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah berlatar belakang Menara Zam Zam. Sesekali tiupan angin menghembuskan debu dan pasir ke muka dan lensa kamera penulis.
Selepas itu Hassan Ismail membawa kami menuruni anak-anak tangga sempit di kawasan perumahan seperti setinggan itu menuju ke sebuah surau.
“Selamat datang ke kampung saya. Kebetulan malam ini malam Jumaat. Selepas baca surah Yasin, kita turun semula ke hotel,’’ ujar pemuda berketurunan Pattani itu dalam loghat Kelantan.
MASIH FASIH BERBAHASA MELAYU
Di halaman surau itu, kami disapa oleh sekumpulan kanak-kanak. Melihat pada rupa paras mereka, jelas raut wajah kemelayuannya.
Apabila menyedari kami sebagai orang ‘Melayu asing’, sesekali pertuturan mereka diselang-selikan dengan perkataan Melayu.
Hassan Ismail memberitahu, walaupun bahasa Arab menjadi bahasa harian, masyarakat Melayu di situ masih bertutur dalam bahasa Melayu khususnya sesama ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat.
Selepas solat maghrib, para jemaah dihidangkan dengan karipap berintikan ikan, sajian yang biasanya ditemukan di Kelantan dan Terengganu. Mendengar pertuturan dalam bahasa Melayu dan melihat beberapa orang jemaah berkain pelekat membuatkan saya berasa seperti di Malaysia.
Namun hasrat untuk menjejak cucu-cicit Sheikh Daud Al-Fatani yang dikhabarkan menetap di kampung itu tidak kesampaian kerana masa yang terlalu singkat.
Menurut Hassan Ismail, Ajyad Sud atau Bukit Ajyad popular dalam kalangan pelajar dari Malaysia yang datang untuk mengikuti pengajian di sekolah pondok.
“Sekolah pondok Ajyad masih lagi beroperasi cuma bilangan pelajar yang datang tidak lagi seramai dahulu. Ada yang datang untuk mengikuti pengajian dalam jangka masa panjang dan ada juga sekejap,’’ katanya.
Dari perkampungan yang terletak di lereng bukit itu, perjalanan kami menuruni kira-kira 500 anak tangga yang memakan masa setengah jam itu berakhir sebaik sahaja kami tiba di hotel untuk melelapkan mata sebelum perjalanan ke Madinah keesokan harinya.
(27 Jan 2017 - Utusan Online)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.