Wednesday, October 16, 2019

Kenyataan Hina ‘Rider’ Diputar Belit Pihak Tak Bertanggungjawab, Pensyarah Tampil Mohon Maaf Dan Bakal Ambil Tindakan



Sumber: FMT
Seorang pensyarah ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tular gara-gara mengeluarkan kenyataan pekerjaan rider Grab dan FoodPanda adalah sebagai kerja yang tidak bermaruah tampil melakukan permohonan maaf terbuka semalam.
Kenyataan beliau yang telah mengguris hati dan perasaan masyarakat Malaysia terutama mereka yang bekerja dengan Grab dan FoodPanda itu menyebabkan beliau dikecam teruk netizen.
Menurut Harian Metro, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari telah menegaskan segala pandangan yang beliau utarakan dalam perbincangan tersebut adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak termasuk institusi pendidikan tempat beliau berkhidmat.
FoodPanda Angkuh 1 Sumber: The Malaysian Reserve
Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati di masa akan datang, Mohd Yusof memberitahu beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak yang bertanggungjawab mencetuskan kekeliruan, salah faham dan fitnah dengan penyebaran sebahagian sahaja klip video temu bualnya.
Sumber: Harian Metro


2 comments:

I said...

Nasib manusia tak sama...rezki telah ditentukan Allah swt...untuk hambanya. Siapa kita nak meryabatkan maruah seseorang melalui kerja...

Anonymous said...

Kasihan pekerja bawahan yang mencari rezeki halal kerana dihina oleh manusia bodoh sombong yang tidak sedar diri.

Sesungguhnya Allah benci manusia sombong dan tempat kembali untuk manusia sombong ialah neraka.

Bertaubatlah sebelum terlambat kerans neraka bukan tempat berkelah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails