Wednesday, October 16, 2019

KPM Janji Ambil Tindakan Isu ‘Islam Tak Halang Homoseks’ dan ‘Tulis Semula Al-Quran’

Debat Islam Tak Menghalang Homoseksual

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan ke atas dua penuntut universiti awam (UA) berhubung isu tajuk debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak, yang tular di media sosial, semalam.
Pertandingan yang diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan mendapat kecaman pelbagai pihak selepas tajuk debat cuba memesongkan akidah umat Islam.
“Justeru, KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan terhadap kedua-dua penuntut berkenaan.
“KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan secara sengaja atau tidak dalam menganjurkan program yang boleh mengganggu keamanan antara kaum dan agama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.
Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di SDAR, Seremban, pada 11 dan 13 Oktober lalu meminta pelajar berhujah mengenai kecacatan dan kekurangan al-Quran serta memaksa mereka menulis semula al-Quran dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal.
Selain itu, pendebat turut dipaksa berhujah bahawa homoseksual bukan satu dosa dalam Islam. – HMetro

Lihat Sebelum Ini..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails