Monday, October 14, 2019

PAS Gesa k'jaan Bentang Kertas Putih Isu LTTE Di Parlimen


PAS menggesa kerajaan membentangkan Kertas Putih mengenai Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, susulan penangkapan beberapa individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan itu.

Antara yang ditahan termasuk dua adun DAP, iaitu G Saminathan dan P Gunasekaren.

"PAS memandang serius insiden penangkapan beberapa individu berprofil tinggi yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang menyokong fahaman pelampau LTTE di Malaysia, seperti diumumkan polis.

"Memandangkan kes ini satu perkara berkepentingan awam, PAS mendesak kerajaan membentangkan Kertas Putih di Parlimen mengenai penyebaran ideologi, rangkaian organisasi dan kegiatan pihak yang disyaki terlibat dengan LTTE di Malaysia, yang turut dikaitkan dengan beberapa pemimpin politik tempatan," kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa polis diberi kebebasan untuk menyisat dan mengambil tindakan undang-undang yang sepatutnya dalam menangani perkara itu, tanpa gangguan mana-mana pihak.

Pada 10 Oktober lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata polis telah memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan terlibat dengan LTTE.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan beberapa menteri daripada DAP menyuarakan rasa tidak puas hatimereka terhadap penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) - yang membenarkan penahanan tanpa bicara - ke atas pemimpinnya yang ditahan berkaitan hal itu.

Bagaimanapun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu kabinet agar menyerahkan siasatan kepada polis.

Untuk rekod, antara janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) adalah memansuhkan Sosma dan sejumlah akta lain yang dikatakan menindas.

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails