Sunday, October 13, 2019

PH Gali Lubang Tutup Lubang...

Bank untuk Gali Lubang Tutup Lubang
PH gali lubang lebih besar nak tutup lubang kecil, sindir Tok Mat
BANGI, 13 Safar 1441H, Sabtu – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang membuat lubang yang lebih besar bagi menutup lubang kecil, sindir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata demikian memerli Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang kerap kali menyebut PH berhadapan dengan beban hutang kerajaan lalu, namun pada masa sama, pemimpin DAP itu juga membuat hutang yang akan membebankan generasi akan datang.
“Ini mengingatkan saya kepada lagu lama, ‘gali lubang, tutup lubang’ oleh Salleh Yaakob’ yang menceritakan kisah orang berhutang, meminjam pula dengan orang lain, untuk membayar hutang sebelumnya,” katanya.
Mohamad berkata, jika hutang yang dipinjam tidak diuruskan dengan cara betul, rakyat khuatir akan ‘memasuki lubang yang lebih besar’ seperti yang digali oleh kerajaan PH.
“Berita Harian Online memetik laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, bahawa Kerajaan Persekutuan dijangka membuat pinjaman kasar, pada tahun ini, sebanyak RM135.2 bilion atau 8.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Daripada jumlah itu, sebanyak RM83.3 bilion digunakan untuk membayar semula hutang sedia ada, manakala bakinya untuk pembiayaan defisit sebanyak RM51.8 bilion.
“Dengan kata lain, kerajaan bayar hutang sebanyak RM83.3 bilion, tetapi dalam masa yang sama, berhutang semula RM135.2 bilion. Jadi bagaimana kerajaan PH boleh mengurangkan hutang negara?” soalnya.
Mengulas lanjut, Mohamad yang lebih dikenali panggilan Tok Mat berkata, pihaknya menyokong pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat daripada golongan B40.
Katanya, beliau juga mengalu-alukan insentif yang menggalakkan penggajian rakyat tempatan seperti yang dirancang dalam Belanjawan 2020.
Bagaimanapun beliau mengingatkan cabaran terbesar dalam penyediaan bajet bukanlah melalui pembentangan, tetapi pelaksanaannya pada masa hadapan.
“Harapan kita ialah supaya bajet ini (Belanjawan 2020) tidak mengulangi pencapaian bajet tahun lalu, yang jelas tersasar dari matlamat,” katanya.
Hibur Hibur Sikit..
Video: 

Gali Lubang Tutup Lubang


3 comments:

Anonymous said...

Mohamad Hassan harus sedar bahawa lubang yg hendak ditutup oleh PH sekarang adalah lubang besar yg dikorek dan ditinggalkan begitu saja oleh Najib, Umno & BN.

Anonymous said...

Pengganas biasanya tak fikir masa depan kerana asyik mengganas.

Anonymous said...

Zaman Madey dulu sibuk pindahkan harta kerajaan ke harta peribadi. Dah tu nak pindah balik untuk dimanafaatkan oleh rakyat jadi mustahil. Bijak madey kaut untuk poket sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails