Thursday, October 17, 2019

Penyakit 'tekanan perasaan...' Menyerang Artis Korea Ini Hingga Maut..


Sulli
HALAMAN HIBURAN 
Pembuli siber tiada ruang

ANNYEONGHASEYO! Seluruh dunia pasti masih berduka dengan pemergian Sulli yang cukup mengejutkan, baru-baru ini.
Kematian penyanyi itu tidak disangka lebih-lebih lagi dia masih muda iaitu 25 tahun.
Pemergiannya berlaku kurang dua tahun selepas kematian Jonghyun pada 2017 dan ternyata memberi impak besar di seluruh dunia.

Dikaitkan dengan tekanan perasaan dan kemurungan, rata-rata kini mempersoalkan betapa bahayanya penyakit itu.
Namun, tidak semua peka dan mengambil berat mengenai kemurungan yang dikaitkan dengan kematian sebegitu.
Dalam kes Sulli, masih ramai yang berkata buruk bahkan mempersendakan kematiannya dengan pelbagai kecaman.
Sepatutnya warganet memberikan komen yang baik apalagi mereka pastinya mahu Sulli bersemadi dengan tenang.
Impak daripada komen negatif yang bertali arus, Persatuan Pengurusan Artis Korea (CEMA) kini dalam proses membanteras perkara itu.
Organisasi terbabit juga berjanji akan terus membela artis di negara itu untuk mengelakkan kematian sebegitu berulang.
“Memandangkan serangan kata-kata dan khabar angin berunsur fitnah semakin berleluasa serta membahayakan, kami tidak akan memberikan ruang untuk pembuli siber walau sedikit pun menyerang figura awam. Kami akan ambil tindakan keras.
“Kempen kesedaran sebegini sudah kami mulakan pada 2016, namun nampaknya projek itu hanya berlangsung sekali. Organisasi kami terkesan dengan insiden malang yang menimpa Sulli,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan.
CEMA juga berjanji tidak akan berdiam diri dan buat sehabis baik untuk membasmi jenayah siber dan warganet yang keterlaluan.
Segala aktiviti sedemikian akan mereka pantau dengan serius dan dibawa ke muka pengadilan.
“Kami tidak akan berhenti dengan sekadar mendapat permohonan maaf atau mereka mengakui insaf. Sebaliknya, kami akan pastikan mereka disiasat dan dihukum sewajarnya,” katanya.
Dalam pada itu, 100 organisasi termasuk Persatuan Budaya dan Seni Global dan Persatuan Dagangan Persekutuan Korea menyokong gesaan Sulli Act yang dicadangkan penguat kuasa undang-undang di Korea Selatan.
Gesaan itu adalah bertujuan untuk membanteras komen membahayakan yang semakin berleluasa daripada warganet sekarang.
Dalam pada itu, ramai rakan artis memutuskan untuk membatalkan aktiviti seni sebagai tanda hormat. Rakan anggota f(x) Sulli iaitu Luna tidak akan menjayakan pementasan muzikal Mamma Mia.
Sebuah program di saluran SBS, The Show juga membatalkan siaran selepas artis terbabit meninggalkan program itu kelmarin.
SinB dan Sowon daripada GFRIEND, Kyungri (9MUSES), Sojin (Girl’s Day) juga memutuskan untuk tidak menghadiri 2020 SS Seoul Fashion Week. (MyMetro)

Video




Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)



Lihat Sebelum Ini..

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah
kalau nak jadi blogger yang dapat untung, jangan berpihak kepada mana-mana parti.
Ambil isu nasional atau isu seperti ini dan jangan menyokong parti.

Anonymous said...

Ini nampaknya bukan blogger cari duit. Kalau nak duit, jilat saja juboq guan eng..

Anonymous said...

Hati hati. Mungkin jubuq guan eng bung nuar dap cop dulu.

Anonymous said...

Ibnuhasyim ada prinsip maka dia bukan blogger lalang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails